Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Alami Masalah Kesihatan, Konsert Jelajah Shawn Mendes Ditangguhkan?

Shawn sedar bahawa dia tidak bersedia melakukan jelajah dan berjanji akan kembali setelah kesihatan pulih

by Puteri Alia
July 28, 2022
via Instagram Shawn Mendes

via Instagram Shawn Mendes

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Bintang popular berasal dari Kanada, Shawn Mendes terpaksa menangguhkan konsert jelajah dunianya akibat mengalami masalah kesihatan mental. Hal ini tular di media sosial dan menjadi bualan dan perdebatan hangat warganet dari seantero dunia.

Tangguh Konsert, Utamakan Kesihatan Diri

Murai MY menjengah ke akaun Instagram milik penyanyi berbakat ini dan mendapati Shawn membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh konsert jelajahnya demi memberi ruang untuk dirinya mendapatkan rawatan profesional.

Walaupun Shawn akui teruja untuk melakukan konsert tersebut namun akibat pandemik selama dua tahun, penyanyi lagu Senorita ini sedar dia tidak bersedia untuk melakukan persembahan apatah menghadapi beban tekanan sepanjang jelajah itu nanti.

“Selepas berbincang dengan pasukan saya dan nasihat pakar kesihatan profesional, secara jelasnya saya perlu berehat secukupnya dimana saya tidak pernah lakukan sebelum ini untuk pastikan saya dapat kembali kuat.” Coretnya

Dalam entri yang ditulisnya, Shawn juga berjanji akan cuba kembali pulih secepat mungkin dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana menyokong dirinya

“Saya tahu anda semua telah menanti lama untuk konsert jelajah ini, dan ia membuatkan hati saya sedih untuk mengumumkan hal ini kepada anda semua tetapi saya berjanji saya akan kembali secepat mungkin.

Saya sayang anda semua dan berterima kasih kerana menyokong saya dan bersama saya sepanjang perjalanan ini.” Tulisnya

via Instagram Shawn Mendes

Rakan Selebriti Dan Peminat Titip Ucapan

Muatnaik tersebut membuatkan ramai rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan, mendoakan agar penyanyi tersebut segera pulih dan kembali ke pentas nyanyi.

“Kesihatan mental penting. Kesihatan pertama. Bangga dengan anda.”

“Kesihatan sentiasa yang pertama. Beri tenaga yang terbaik kepada anda.”

“Bangga dengan anda!!! Anda berhak untuk berehat!! Semoga cepat pulih Shawn!” Komen mereka

via Instagram Shawn Mendes

“Konsert jelajah seterusnya akan menjadi lebih besar! Semoga cepat pulih Shawn.. Saya hantar tenaga positif kepada anda!!”

“Ambil seberapa banyak masa yang anda perlukan, kami akan menunggu.”

“Ini buatkan hati saya patah tetapi saya tak dapat bayangkan bagaimana sukarnya untuk anda. Sayang anda dan ambillah seberapa banyak masa yang anda perlukan.” Komen mereka lagi

via Instagram Shawn Mendes

Untuk rekod siri konsert jelajah ini telah bermula sejak bulan Jun lalu, namum pada awal bulan ini Shawn terpaksa menangguhkan beberapa persembahan dan berehat selama tiga minggu.

Murai juga menitipkan doa agar Shawn dapat kembali sihat seperti biasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
shawn mendes
https://lomp.at/l5rdm
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem