Tuesday, August 16, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

‘Jubin Nautiyal: Live In Malaysia’- Konsert Pertama Bollywood Di Malaysia Sejak 2020!

by Hakim Faz
July 29, 2022
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Murai.My sebelum ini telah berkongsi perincian tentang konsert Jubin Nautiyal yang bakal diadakan di Malaysia pada 26 Ogos 2022. Jubin Nautiyal, penyanyi Hollywood yang terkenal dengan aura romantis bakal mengadakan konsertnya yang pertama di Asia Tenggara diterajui oleh Hitman Solutions.

Raja romantis Bollywood

Terkenal sebagai ‘raja romantis’ Bollywood, bakat Jubin Nautiyal di dalam bidang nyanyian terserlah menerusi pencapaiannya di dalam industri musik India.

IKLAN

Dia telah memenangi pelbagai anugerah seperti ‘Upcoming Male Vocalist Of The Year’ di Anugerah Musik Mirchi pada tahun 2015 dan ‘Best Singer’ di Anugerah ITA pada tahun 2017.

Konsert ‘Jubin Nautiyal: Live in Malaysia’ bakal diadakan pada 26 Ogos 2022 (Jumaat), pukul 8 malam, di Plenary Hall, KLCC.

Sidang media Hitman Solutions

Pada 27 Julai 2022, Hitman Solutions telah mengadakan sidang media yang berlangsung di Kuna Lounge, Trec KL. CEO dan pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, menyatakan bahawa objektif konsert ini bukan sahaja untuk menghiburkan peminat, ianya juga satu inisiatif to membantu dan menaikkan semangat industri hiburan lokal.

Ini kerana industri tersebut telah terkesan dengan pandemik Covid-19 dan konsert ini mampu untuk melestarikan pertumbuhan industri pelancongan di Malaysia.

“Kami teruja untuk membawa penyanyi dan penghibur main balik Bollywood yang paling dicari hari ini, Jubin Nautiyal dalam konsert khas untuk satu malam sahaja. Selepas pengumuman ‘Bunkface! 15 Tahun konsert Korang, kami tidak membuang masa merancang untuk aksi seterusnya,” kata Rohit.

Hitman Solutions telah ditubuhkan sekitar 15 tahun yang lalu dan merupakan salah satu anak syarikat Kumpulan Hitman. Hitman Solutions bertanggungjawab menganjurkan konsert berskala besar dengan membawakan aksi muzikal bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga superstar antarabangsa seperti Shah Rukh Khan, Arijit Singh, Shreya Goshal dan ramai lagi. Di bawah Kumpulan Hitman, terdapat juga HNAV, HitLED dan Hitman Media.

“Memandangkan 2022 adalah tahun yang membawa cahaya dan harapan untuk industri muzik secara global, kami memutuskan untuk mengambil peluang ini untuk menganjurkan konsert Bollywood pertama kami di Malaysia sejak wabak itu berlaku. Sebagai permulaan, kami memilih Jubin Nautiyal kerana keunikan suaranya dan serba boleh menyampaikan lagu pop, rock dan soul Hindi. Dia juga penyanyi main balik terkenal dalam kebanyakan filem Bollywood teratas dan lagu-lagunya viral di TikTok dan Instagram,” jelas Rohit.

Jubin Nautiyal sendiri juga telah tampil secara virtual di sidang media itu melalui sesi talian live Zoom dan berkongsi tentang perasaannya tentang konsert tersebut kepada para tetamu media.

Rohit Rampal juga menyatakan bahawa setakat ini, 55% tiket konsert tersebut telah dijual jadi bagi yang berminat boleh mendapatkannya segera di sini.

Jangan lepaskan peluang ini untuk didendangkan lagu-lagu jiwang daripada raja romantis Bollywood!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: hitman solutionskonsert jubin nautiyal
Share8Tweet5SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Gambar Ranveer Singh Tampil ‘Naked’, Bikin Artis Bollywood Tak Keruan?
Bollywood

Gambar Ranveer Singh Tampil ‘Naked’, Bikin Artis Bollywood Tak Keruan?

by Mas Ayu
July 25, 2022
Jubin Nautiyal Live Bakal Berlangsung Di Malaysia Pada 26 Ogos 2022
Bollywood

Jubin Nautiyal Live Bakal Berlangsung Di Malaysia Pada 26 Ogos 2022

by Hakim Faz
July 14, 2022
Alia Bhatt Umum Bakal Jadi Ibu, Ramai Bintang Bollywood Ucap Tahniah
Bollywood

Alia Bhatt Umum Bakal Jadi Ibu, Ramai Bintang Bollywood Ucap Tahniah

by Mas Ayu
June 28, 2022
Sara Ali Khan Pakai Gaun Seksi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Bollywood

Sara Ali Khan Pakai Gaun Seksi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Mas Ayu
June 20, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  2. 2

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  3. 3

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  4. 4

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  5. 5

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera