Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Damian Mikhail Komen Nyanyian ‘Terpeleot’ Ning Baizura, Awan Yang Terpilu

by Zaidin Albert
July 29, 2022
481
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak semalam video pendek di laman TikTok yang memaparkan persembahan penyanyi terkenal Ning Baizura tular. Dia menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah pusat persembahan di sini, baru-baru ini.

https://www.tiktok.com/@yanaothmannn/video/7125091170144767258?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fmurai.my%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fmurai.my%2F2022%2F151658%2Fning-baizura-awan-yang-terpilu-viral-persembahan%2F&referer_video_id=7125251403437657371

Menerusi video itu memaparkan Ning seolah-olah tidak mampu menyanyikan lagu itu dengan baik hingga kedengaran sumbang dan tidak sampai. Sementara itu di ruangan komen ramai yang mengecam dan meninggalkan komen-komen negatif. Sebenarnya, apa yang berlaku pada Ning pada ketika itu bukan sesuatu yang disengajakan.

Damian Mikhail Komen Persembahan Ning Baizura

Perkara ini telah mendapat perhatian penyanyi dan komposer Damian Mikhail. Menurut Damian, dia akui atas faktor sekeliling dan kesihatan jadi punca boleh terpeleot dalam nyanyian. Malah,  hal sebegini perkara biasa berlaku kepada penyanyi-penyanyi hebat dunia.

“Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kita nyanyi terpeleot (saya pun pernah) adalah kerana keadaan udara yang banyak asap atau pollutant, tekak terlalu kering, tak cukup tenaga, fatigue suara dan keadaan tak cukup tidur, lagi berusia kita, otot-otot. Vokal menjadi kurang flexible, over practicing, tak cukup latihan, demam, flu dan infection respiratory dan penyakit tekak spt laryngitis dan nodes.

Vokalis hebat-hebat satu dunia pun pernah lalui saat ni. Whitney Houston, Stevie wonder, Chaka Khan…semua pernah crack masa perform. Apa-apa pun, Ning telah membuktikan nilainya bukan dari satu persembahan tetapi seluruh kerjayanya. Semua sayangkan Kakak Ning.”- tulisnya lagi.

Dalam pada itu di ruangan komen, ada yang mempertikaikan cara nyanyian Ning, malah ada yang berpendapat penyanyi profesional, Ning seharusnya improvise cara nyanyian.

“Tapi bagi saya, disebabkan  dia penyanyi profesional bukankah dia patut improvise cara nyanyian dia dan tak terlalu untuk try hard sangat nyanyi ikut melodi asal?
Jangan salah faham… saya suka dia sejak single pertama Abadi…tapi dia penyanyi lama sepatutnya lebih tahu keadaan dia.” tanya salah seorang peminat Ning.

Damian menjawab, isu nyanyi terpeleot ini tetap berlaku walaupun membuat improvise.

“Point yang bagus. selalunya bila crack tak sengaja yang jenis macam ni memang you improvise macamana pun tetap akan terpeleot. Sebab ada kecederaan bukan dia nyanyi sebab dia tone deaf atau pitchy. Seperti yang anda boleh lihat dan dengar dalam video ni, dia ada tukar kepada suara biasa untuk mendapatkan stamina dan momentum supaya dia boleh pulih dan tukar balik kepada falsetto. Tapi mungkin sebab faktor-faktor yang saya cakap kat post ni yg menyuarakan damage control.

Dia macam umpama bawak kapal terbang, bila dah blackout enjin mati, boleh meluncur tapi keadaan cuaca pulak menyusahkan proses nak meluncur. Saya rasa bagaimanapun, patut MD turunkan overall key untuk lagu ni bila perform live.”- tambahnya lagi.

Memetik laporan Harian Metro, Ning menyifatkan video pendek yang tular itu lebih kepada untuk mencari kelemahan dan cuba menjatuhkan dirinya kerana mereka tidak ada di tempat kejadian. Katanya dalam laporan sama juga, sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak sememangnya susah untuk mengeluarkan suara dengan baik.

Damian Mikhailning baizura
https://lomp.at/33fhp
Share192Tweet120SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem