Kredibiliti cef selebriti Anis Nabilah tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia bukan sahaja berjaya di dalam negara, malah mampu mencipta nama di peringkat antarabangsa menerusi kepakarannya dalam bidang kulinari.
Berpengalaman Selama 14 Tahun
Tidak dinafikan, pengalaman selama 14 tahun dalam bidang itu meletakkan Anis Nabilah di kelas tersendiri selain mampu menempatkan dirinya sebaris dengan kebanyakan cef terkenal dalam dan luar negara.
Seiring dengan pengalaman dan kematangannya dalam bidang kulinari, Anis berkata orang ramai dan pelbagai pihak sudah sudah meletakkan kepercayaan kepada dirinya biarpun kredibilitinya dipersoalkan hanya kerana dirinya cef wanita.
Memenangi Dua Anugerah Di Sweden
Jika April lalu Anis Nabilah atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin dinobatkan Asean’s Most Influential Chef pada Asean Food & Travel Awards 2022, terbaharu Anis sekali lagi diiktiraf di luar negara apabila memenangi dua anugerah di The Gourmand Awards: World Cookbook Awards 2021 di Umea, Sweden.
Anis berkata, dia bersyukur dan sama sekali tidak menjangka menerima dua anugerah di acara berprestij itu.
Terkejut Dan Bersyukur
Kata Anis, dia berasa bersyukur apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam kategori itu. Pada masa yang sama, dia dimaklumkan tentang satu lagi kemenangan dalam kategori Best Food Show di Asia Tenggara.
Dia masih tidak percaya kerana dia tidak menghantar apa-apa penyertaan untuk pencalonan tersebut. Tiba-tiba sahaja mereka menganugerahkan kemenangan itu kepadanya.
Anis yang berasa bersyukur dengan kemenangan itu turut menyatakan kejayaan tersebut membuatkan dia berkobar-kobar untuk menghasilkan buku resepi yang baharu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.