Monday, August 15, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Datuk Lee Chong Wei Bangga Pasukan Badminton Negara Rangkul Emas

Datuk Lee Chong Wei mengucapkan tahniah pada pasukan kebangsaan badminton atas kejayaan di bumi Birmingham.

by Mas Ayu
August 3, 2022
via Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei

via Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei

71
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini merupakan hari yang cukup membanggakan untuk Malaysia di mana pasukan badminton campuran negara berjaya membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Komenwel 2022 di Birmingham dengan kemenangan 3-1 menentang pasukan India.

Bekas Jaguh Badminton Titip Ucapan Tahniah

Kejayaan kontigen negara ini mendapat sorakan dan ucapan tahniah rakyat Malaysia termasuklah bekas jaguh perseorangan badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei menerusi hantaran beliau di Instagram hari ini.

“Impian kilauan pingat emas yang diburu-buru kontigen badminton negara akhirnya dicapai awal pagi ini. Tahniah anda semua! Anda semua wira-wira negara!

“Teruskan semangat ini untuk acara perseorangan. Nak dengar lagu Negaraku lagi berkumandang di tanah England tu. Tahniah Malaysia!!!! Anda semua wira dan wirawati buatkan kami semua sangat bangga!” Coret beliau.

via Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei

Rakyat Malaysia Bangga

Hantaran yang dikongsikan bekas jaguh badminton ini dibanjiri dengan ucapan tahniah rakyat Malaysia, yang mana ramai meluahkan rasa bangga atas pencapaian dan usaha gigih pasukan badminton negara membawa pingat emas untuk Malaysia.

“Tahniah Malaysia”

“Berdebar-bedar tengok dia orang main pagi tadi tapi semestinya Malaysia adalah paling terbaik”

IKLAN

“Tahniah pasukan Malaysia!!!!” komen mereka

via Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei

“Tahniah semua”

“Sangat bangga untuk pasukan emas ini!!! Terbaik”

“Sangat bangga dengan mereka” komen mereka lagi

Sekadar info, dengan kejayaan kontigen badminton negara menumpaskan pasukan India 3-1 pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham ini. Ia sekaligus menebus kekalahan pasukan kebangsaan ditangan India di temasya Sukan Gold Coast, Australia pada 2018 lalu.

Tahniah buat pasukan badminton campuran negara, Ng Tze Yong, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Chan Peng Soon, Tan Kian Meng, Goh Jin Wei, Pearly Tan Koong Le, Cheah Yee See, Lai Pei Jing dan Thinaah Muralitharan.

Malaysia boleh!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: badmintonDatuk Lee Chong WeiKomanwel Birmingham 2022Malaysia
Share28Tweet18SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Diingati Oleh Anggota BTS, Mahu Perkuatkan Nama Di Malaysia…Ini 5 Perkara Menarik Tentang Isaac Woo!
Asia

Diingati Oleh Anggota BTS, Mahu Perkuatkan Nama Di Malaysia…Ini 5 Perkara Menarik Tentang Isaac Woo!

by A.Aided
May 19, 2022
Datuk Lee Chong Wei Akui Banyak Terima Tawaran Jadi Jurulatih Di Luar Negara
Personaliti

Datuk Lee Chong Wei Akui Banyak Terima Tawaran Jadi Jurulatih Di Luar Negara

by Mas Ayu
April 9, 2022
“Saya memang ‘Jelly’ Terus” – Datuk Lee Chong Wei Kongsi Pengalaman Potong Tali Pusat Anak
Selebriti

“Saya memang ‘Jelly’ Terus” – Datuk Lee Chong Wei Kongsi Pengalaman Potong Tali Pusat Anak

by Mas Ayu
February 16, 2022
Netizen Mahu Para Ustaz Berhenti Guna ‘Orang Asli’ Sebagai Bahan Jenaka
Trending

Netizen Mahu Para Ustaz Berhenti Guna ‘Orang Asli’ Sebagai Bahan Jenaka

by Mas Ayu
November 23, 2021
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  4. 4

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

  5. 5

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera