Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Dahulu Menari…Bael0n Kini Aktif Menyanyi, Tampil Dengan ‘Di Sini’

Lagu ini tidak lain berkisar kenangan manis yang tersemat dalam hatinya sewaktu di zaman persekolahan.

by Arsiqin Yusof
August 4, 2022
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Merancakkan lagi karier nyanyiannya, penyanyi Bael0n tampil dengan sebuah lagu cukup peribadi dalam hidupnya berjudul ‘Di Sini’. Lagu ini tidak lain berkisar kenangan manis yang tersemat dalam hatinya sewaktu di zaman persekolahan.

Nilai Persahabatan

Menurut Bael0n, dia belajar mengenai nilai persahabatan yang selamanya memberikan perasaan teristimewa dalam diri sejak di bangku sekolah. Bahkan, semangat untuk menjadi penyanyi serta penulis lagu sudah berkobar sejak dari sana lagi.

“Pada ketika itu, saya masih berada di sekolah menengah dan Najwa Latif, Ainan Tasneem berada di zaman kegemilangan mereka. Mereka menulis lagu sendiri dan memberi inspirasi kepada saya untuk tulis lagu sendiri juga.

“Kebetulan, saya sedang menjalani jalinan persahabatan yang sangat kukuh. Hubungan itu mencetus inspirasi untuk saya buat lagu ini sebagai satu luahan kata-kata buat rakan-rakan saya,” katanya.

Sentiasa Bersyukur

Menerusi ‘Di Sini’, Bael0n mahu galakkan orang ramai supaya sentiasa bersyukur dan menghargai apa jua hubungan, baik persahabatan atau cinta. Katanya, sesiapa juga takkan pernah jangka bila seseorang itu akan pergi meninggalkan kita.

“Walau kecil mana pun sumbangan mereka, hargailah kerana setiap hal itu pasti mengajar kita sesuatu. Lagu ini sangat istimewa kerana mengimbau semula kenangan saya berada di zaman persekolahan. Ketika itu, saya dikelilingi ramai rakan-rakan yang begitu menyokong kuat.

“Meskipun secara keseluruhan, perjalanan sewaktu menempuh zaman persekolahan bukanlah indah sepenuhnya, tapi jalinan persahabatan itu benar-benar menggembirakan saya untuk dikenang,” katanya.

Penghasilan lagu ini juga sebenarnya lagu ini sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu. Bael0n menulis sepenuhnya ‘Di Sini’ dengan bantuan seorang penerbit iaitu Bo. Menurutnya, dia ada misi dan visual tersendiri bagaimana hasil akhir lagu ini.

“Saya menggambarkan lagu ini seperti lagu-lagu pop dari era 1970-an dan 1980-an. Saya memang nak mood lagu sebegitu kerana ingin tonjolkan lagi vokal yang lebih baik berbanding lagu-lagu sebelum ini,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CgIvMd5JBMx/

Penghasilan Lagu Yang Mencabar

Bael0n tidak menafikan penghasilan ‘Di Sini’ sebenarnya sangat-sangat mencabar kerana dilakukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Prosesnya turut diduga apabila kebetulan Bo pula menjadi kontak rapat kepada individu dijangkiti Covid-19.

“Memang mencabar kerana sewaktu menyiapkannya, kita berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlukan surat rasmi untuk keluar. Saya terpaksa merakam lagu ini tanpa kehadirannya secara bersemuka dan cuma guna FaceTime. Lagu ini pun belum siap sepenuhnya ketika rakaman itu,” katanya.

Bertitik tolak daripada menjadi penghibur di TikTok, kini nama Bael0n semakin meniti di bibir peminat muzik tempatan. Bahkan, dia berjaya membuktikan banyak sisi berbeza dalam bakat nyanyiannya sehingga kini.

Bael0n sudah melancarkan tiga lagu iaitu Cek Mek Molek dan Rindu yang diberi nafas baharu nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Amelina, serta Ngamsoi pada tahun lalu. Dia juga turut ditampilkan dalam kempen It Starts on TikTok tidak lama dulu.

‘Di Sini’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Bael0n
https://lomp.at/fijx0
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem