Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kumpulan Rap Unggul Malaysia ForceParkBois Hasilkan “PSP”

by Aphit J.
August 7, 2022
27
KONGSIAN
Share on Facebook

ForceParkBois merupakan sebuah krew rap yang dianggotai 11 artis muda berbakat luar biasa. Mereka dikenali kerana berpewatakan berani dan yakin yang membuatkan mereka lain dari kumpulan rap di luar sana.

Berasal dari Johor Bahru, kumpulan rap ForceParkBois muncul dengan single terbaharu berjudul “PSP”.

Single Ketiga Kumpulan

“PSP” merupakan single ketiga dan sebahagian daripada asiatic.wav Vol.2, sebuah EP dengan 5 buah lagu yang akan telah dilancarkan melalui Asiatic Records / Warner Music Asia pada 29 Julai 2022 yang lalu.

“PSP” yang bermaksud “Parti Sampai Pagi” adalah sebuah lagu wajib bagi mereka yang tercari-cari muzik untuk berparti sehingga terbitnya mentari.

Terhasil Selepas Habis Berparti

via Warner Muzik Malaysia

Trek ini dihasilkan sepenuhnya pada satu malam setelah habis berparti, FUEGONEP, seorang produser muzik yang telah menemukan rentaknya (beat) kemudian berkongsi dengan NSH yang lantas melontarkannya secara freestyle dengan seorang lagi ahli kumpulan, HanPanas.

Kemudian, mereka sedari ada yang istimewa pada trek tersebut, lalu mengajak ahli lain untuk turut serta menyempurnakan.

Memperoleh Penstriman Yang Berjuta

Terdahulu, ForceParkBois telah pun melancarkan 5 buah trek sebelum single “PSP” dihasilkan bersama Warner Music Malaysia dan telah distrim sebanyak 2 juta kali sejak diperkenalkan.

Pada penghujung tahun lepas, single “Lotus” ciptaan ForceParkBois yang merupakan trek paling banyak penstrimannya turut memperoleh jumlah tontonan sebanyak 20 juta di laman YouTube sejak pelancarannya.

“PSP” kini tersedia di semua DSP dan servis penstriman.

ForceParkBois
https://lomp.at/a6i08
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem