Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ustazah Asma’ Harun Jelas Berhijab & Menutup Aurat Tidak Jejas Aktiviti Wanita

Tular isu penampilan pesilat negara wanita bertudung, penceramah jelaskan bahawa berhijab dan menutup aurat tidak mengganggu aktiviti wanita

by Puteri Alia
August 11, 2022
via Facebook/Instagram Ustazah Asma' Harun

via Facebook/Instagram Ustazah Asma' Harun

63
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular baru-baru ini di media sosial tentang penampilan pesilat negara wanita, Merrywati Manuil mengenakan hijab ketika menyertai kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 di Ayer Keroh, Melaka.

Terbukti Hijab Dan Menutup Aurat Tidak Jejas Aktiviti Wanita

Melihat penampilan yang dibawa wanita kelahiran Sandakan, Sabah ini secara tidak langsung membuka mata kaum hawa bahawa penampilan sopan dan menutup aurat tidak sesekali menjejaskan sebarang aktiviti yang lakukan wanita.

Malah pendakwah, penceramah dan juga penulis buku terkenal tanah air, ustazah Asma’ Harun juga mendedahkan bahawa imej bertudung yang dibawa Merrywati membuktikan bahawa menutup aurat tidak mengganggu wanita dalam sebarang urusan kerja yang dilakukan.

“Jika kita perhatikan wanita ini bukan beragama Islam, tetapi hatinya turut merasa selesa mengenakan tudung yang menjadi kewajipan buat wanita Islam. Malahan, dia sanggup mengenakannya dalam lapangan silat yang kita tahu memerlukan pergerakan yang aktif dan lincah.

Allahuakbar, ini menjadi bukti bahawa dengan bertudung dan menutup aurat tidak menyekat seseorang wanita itu untuk melakukan apa jua aktiviti termasuklah aktiviti lasak sekalipun.” Coret beliau

via Facebook/Instagram Ustazah Asma’ Harun

Inspirasi Buat Kaum Hawa

Ustazah Asma juga mengatakan dalam coretan yang dimuatnaik di Instagram beliau, bahawa penampilan yang dibawa pesilat negara wanita ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi menyuntik semangat kaum hawa untuk istiqamah  dalam menutup aurat.

“Sahabat semua, jadikan kisah ini satu suntikan semangat dan inspirasi buat kita untuk terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Besar ganjaran buat mereka yang istiqamah di jalan kebaikan.” Coretnya lagi

Sekadar info, pesilat negara wanita iaitu Merrywati Manuil mendedahkan di laman Facebook-nya mengenai penampilan berhijab yang dikenakan semasa kejuaraan Pencak Silat Dunia baru-baru ini adalah kerana atas dasar hormat beliau terhadap seni persilatan Melayu.

Prince Syed & Isteri Infaq Telekung RM12k Kepada Ustazah Asma, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
hijabMerrywati ManuilPesilat Negara WanitaUstazah Asma Harun
https://lomp.at/nsbh7
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem