Monday, June 5, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

[VIDEO] PU Syed Beri Teguran Isu MV Lagu Dangdut Aliff Syukri & Baby Shima

by Naddy Joe
August 11, 2022
121
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed memberikan teguran secara terbuka terhadap usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri selepas memuatnaik potongan MV lagu dangdut terbaharunya bersama penyanyi, Baby Shima yang bakal dirilis tidak lama lagi.

“Saya Harap Pihak Aliff Syukri…”

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed berkongsi harapan agar Aliff Syukri tidak menerbitkan lagu dangdut tersebut, malah turut mempersoalkan tindakan Aliff Syukri yang sering mencetuskan kontroversi.

“Sekali lagi Aliff Syukri membuat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu terbaru. Kali ni dangdut. Saya tak pasti lah sama ada dia sedar atau tidak sedar perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau yang berunsurkan keagamaan tidak jadi masalah, tapi bila jemput artis bersama dengan dia, artis yang gerudi macam-macamlah. Saya tak kenal artis tersebut.

Saya harap pihak Aliff Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan pada masyarakat. Ini bukan suatu yang sihat. Bayangkan anak kamu, Aliff Syukri. Anak kamu melihat, isteri kamu yang tutup aurat juga melihat. Ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang ini.

Cukup kenyang ke dengan kecaman orang?. Seringkali kamu keluarkan kontroversi. Terpaksa orang lain bagi nasihat.”-Tegur PU Syed

View this post on Instagram

A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK (@pusyed_official)

Disokong Netizen

Tinjauan Murai MY di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong teguran PU Syed secara terbuka malah ada yang tertanya sama ada usahawan sensasi itu mempunyai masalah mental disebabkan tindakannya mendapatkan publisiti dengan cara sedemikian.

“Adakah dia ni ada masalah mental ya. Tak sudah-sudah cari publisiti cara macam ni. Semoga Allah beri dia kesedaran dan lindungi saya dan keluarga saya dari berperangai sebegini…”

“Bila Allah uji dengan kekayaan, Berbagai ujian yang datang.”

“Saya pun pelik kenapa dia macam tu. Saya berfikiran dan berpendapat macam ustaz. Kenapa dia tak boleh fikir. Ulang benda yang sama.”

“Ustaz dah banyak kali tegur. Degil.. Dah macam perangai budak-budak.”

“Dia memang kalis kecaman. Tak sedar hidup ni pinjaman je.”

Walaubagaimanapun, Aliff Syukri dilihat tidak memberikan sebarang respon berhubung kecaman dan teguran yang diberikan terhadapnya berhubung sedutan MV lagu dangdut sensasi itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER baby shimaPU Syed
Share48Tweet30SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Gelekan Baby Shima Dan Aliff Syukri Undang Kecaman -‘Dulu Menyesal Fikir Nak Mati, Sekarang Tak Jadi Mati Ke?’

by Aphit J.
June 4, 2023
Gossip

PU Syed Titip Pesanan ‘Padu’ Buat Ifa Raziah Isu Tarian Goyang?-“Demi Perhatian…”

by Naddy Joe
May 31, 2023
#ApaPlan

Confirm Goyang! Artis Dangdut Malaysia & Indonesia Bakal Bergabung Dalam Satu Pentas Ogos Ini

by Phic ARMAN
May 26, 2023
Gossip

PU Syed Disoal Netizen Adakah Berani Tegur Siti Nurhaliza Didakwa Pakai Pakaian Ketat?

by Naddy Joe
May 24, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan