Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Terbaru! inDriver Kini Memperkenalkan Pilihan Kenderaan Berkapasiti Enam Tempat Duduk

by Aphit J.
August 13, 2022
21
KONGSIAN
Share on Facebook

inDriver adalah platform IT dan pengangkutan global. inDriver merupakan salah satu perkhidmatan e-panggilan atas talian paling pesat berkembang di dunia. Perkhidmatannya tersedia di lebih 646 bandar di 45 negara di seluruh dunia.

Perkhidmatan Kereta Enam Tempat Duduk

via inDriver

inDriver telah menambah satu jenis kenderaan baru untuk perkhidmatan e-panggilannya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian mobiliti yang memudahkan dan berpatutan.

Aplikasi e-panggilan tersebut telah memperkenalkan pilihan kereta enam tempat duduk yang baru bagi membolehkan sekumpulan pengguna seperti keluarga, sahabat handai dan rakan kerja bergerak tanpa perlu membuat beberapa tempahan kereta untuk perjalanan mereka.

Tersedia Di Beberapa Negeri

via Soulvitan

Buat masa ini, pilihan kenderaan enam tempat duduk tersedia di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, tetapi inDriver merancang memperkenalkannya di lebih banyak bandar di Malaysia.

Tambang untuk mod pengangkutan baru ini lebih tinggi dari kereta empat tempat duduk yang biasa tetapi ia menyediakan cara perjalanan dengan keberkesanan kos lebih baik untuk kumpulan besar kerana mereka tidak perlu membuat beberapa tempahan.

Memperkenalkan Fungsi Baru

via SMart Company

Baru-baru ini, inDriver telah memperkenalkan beberapa peningkatan ciri aplikasi dan salah satu peningkatan ciri tersebut adalah fungsi perbualan (chat) yang memudahkan komunikasi antara pemandu dan penumpang, serta mengekalkan privasi pengguna.

Selain itu, fungsi baru “On the way” telah diperkenalkan sebagai cara untuk meningkatkan peluang pendapatan pemandu. Dengan ciri ini, pemandu boleh menekan butang “On the way”, masukkan alamat destinasi, dan mereka akan menerima permintaan perjalanan ketika mereka menuju ke destinasi yang ditetapkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
inDriver
https://lomp.at/3xyqu
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem