Saturday, January 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Trending

“Peta Belakang Kad Kenduri Lagi Tepat Lah!” – Penganjur Konsert Billie Eilish Dikecam Netizen

Tempat duduk jauh dari pentas malah sistem bunyi semasa persembahan Billie juga tidak jelas

by Mas Ayu
August 19, 2022
via Twitter

via Twitter

74
KONGSIAN
Share on Facebook

Kecoh di media sosial bila mana ramai peminat Billie Eilish yang hadir ke konsert Jelajah Dunia 2022 ‘Happier Than Ever’ yang diadakan di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam meluahkan rasa yang sangat hampa dan kecewa.

Pelan Tempat Duduk Dan Kesan Bunyi Teruk

Menerusi tinjauan Murai MY di laman Twitter ramai pengguna media sosial termasuklah influencer terkenal tanah air seperti Azfar Heri dan Khairul Aming meluahkan rasa tidak puas hati mereka berkenaan konsert penyanyi muda antarabangsa tersebut.

Peminat yang hadir berasa kecewa melihat banyak ruang kosong di kawasan padang bola dan kewujudan khemah yang mengganggu penglihatan semasa konsert berkenaan berlangsung. Sudahlah begitu kesan bunyi sewaktu nyanyian Billie Eilish juga menghampakan.

“Pertama kali pergi konsert yang rasa tak puas hati. Beli cat 2 yang harga MR500++ sebab tu antara tempat duduk yang paling dekat dengan pentas lah kan.”

“Sistem bunyi dia pula dengar tak dengar je.” Ciap Azfar Heri

via Twitter Azfar Heri

“Weh sedihnya sistem bunyi. Tak jelas pun Billie sebut apa.”

“Jauhnya pentas #BillieEilishTourMalaysia” Ciap Khairul Aming

via Twitter Khairul Aming

“Siapa yang luluskan skala lukisan ni? Peta belakang kad kenduri lagi tepat lah!”

“Tak faham kenapa nak pecah belah macam ni. Penuh kan padang tu kan bagus. Pagar je lah penonton ikut harga tiket. Nampak lah penuh sikit.”

“Khemah tak guna tu.” Ciap warganet

via Twitter

Mahu Penganjur Pulangkan Wang

Menjengah pula ke akaun Twitter penganjur program iaitu Live Nation Malaysia, ramai pengguna media sosial membanjiri laman tersebut dengan pelbagai ciapan dan ada yang mahu wang mereka dikembalikan kerana berasa tertipu.

“Kau orang anjur macam mana ni??”

“Memalukan Malaysia je syarikat penganjur n*ob samp*h anj*ing”

“Tolong baiki penganjuran anda hmm kesian orang bayar mahal, tapi tak setanding harga.”

“Pulangkan balik RM500++ saya.”

“Kembalikan tiket cat 2, kesian dia orang di anak tirikan.” Ciap mereka

via Twitter

“Penganjur, ingat sikit orang ramai bayar mahal. Takkan pemandangan macam ni dia orang dapat. Jangan aniaya orang macam ni woi. Scam teruk ni.”

“Kawasan rumput hijau sepatutnya untuk Cat 2 tapi anda pilih untuk biarkan kami duduk bersama dengan Cat 3/4. Saya bayar RM500 tapi pandangan sangat jauh. Tak ada band tangan atau apa-apa. Billie adalah nama besar tapi kami datang macam tengok bola sepak. Apa ni?”

“Baiki pengurusan anda. Apa benda konsert dengan banyak kawasan kosong??”

“Jauh b*doh jarak, baik dengar lagu Billie dekat pusat beli-belah je s*al kalau jauh macam tu. Dengan bunyinya?!!!” Ciap mereka marah

via Twitter

Terdahulu Murai MY ada melaporkan Billie Eilish mengumumkan tentang konsert jelajah di media sosial rasminya sendiri, dan selain Kuala Lumpur penyanyi antarabangsa ini juga akan mengadakan persembahan di Manila, Seoul, Bangkok, Tokyo dan Singapura.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Azhar HeriBillie EilishKhairul Aming
Share30Tweet19SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sangat ‘Wow’! Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka Esok
Jalan-Jalan

Sangat ‘Wow’! Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka Esok

by Naddy Joe
December 16, 2022
Umur 31 Jadi CEO Lantikan Politik, Undang Respon Kurang Enak Netizen
Lokal

Umur 31 Jadi CEO Lantikan Politik, Undang Respon Kurang Enak Netizen

by Mas Ayu
December 16, 2022
Tanah Runtuh Di Father’s Organic Farm, Anwar Ibrahim Beri Peringatan Kepada Menteri
Lokal

Tanah Runtuh Di Father’s Organic Farm, Anwar Ibrahim Beri Peringatan Kepada Menteri

by Mas Ayu
December 16, 2022
Taslima Nasreen Persoal Aurat Isteri Pemain Bola Sepak Morocco?
Trending

Taslima Nasreen Persoal Aurat Isteri Pemain Bola Sepak Morocco?

by Mas Ayu
December 12, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    “Muka Klasik Je Masing-Masing”- Netizen Terpegun Lihat Foto Keluarga Que Haidar?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan