Thursday, December 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Anna Jobling Jadi Duta Pilihan, Tya Arifin Lancar Produk Terbaru

by A.Aided
August 24, 2022
Foto: Zetty Nurhusna

Foto: Zetty Nurhusna

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Tradisi dan amalan meminum jamu adalah satu kebiasaan yang dimulakan gadis seawal 13 tahun di Indonesia. Namun di Malaysia sendiri amalan ini cukup asing, malah ada yang skeptikal akan keberkesanan yang dijanjikan minuman herba ini.

Bagaimanapun, selebriti dan usahawan Tya Arifin tidak melihat perkara itu sebagai halangan untuk memperkenalkan produk perniagaannya, Jamu Mutyara. Selepas lima tahun berada di pasaran, Jamu Mutyara kini menjadi antara produk pilihan wanita di negara ini.

Pecah Stigma

Sekali gus berjaya memecahkan stigma masyarakat di negara ini terhadap minuman herba tersebut. Bercakap mengenai Jamu Mutyara yang diformulasi secara turun termurun oleh keluarga Tya sendiri, ternyata wanita yang berasal dari Palembang, Indonesia ini yakin akan potensi produk keluarannya.

Berbeza dengan jamu tradisional, antara faktor utama mengapa produk yang diusahakan isteri Asyraf Khalid itu menjadi pilihan adalah melalui rasanya yang enak. Menurut Tya, fokus utamanya dalam menghasilkan jamu keluarannya adalah melalui bahan yang berkhasiat dan mempunyai manfaat yang baik.

“Selalunya jamu kita bayangkan pahit tidak sedap. Sebab itu bila hasilkan Jamu Mutyara lima tahun lalu fokus saya adalah untuk pastikan jamu ini sedap selain mengekalkan khasiat sedia ada.

“Melalui bahan-bahan dalam Jamu Mutyara ini sendiri anda boleh lihat kepentingan untuk tubuh badan kita terutamnya wanita,” jelasnya.

Peka dengan permintaan pengguna, terkini Jamu Mutyara juga muncul dengan produk Jamu Mutyara terbaharu. Berkongsi mengenai Jamu Mutyara dengan formulasi berbeza tanpa gula kini, jelas Tya ini adalah satu lagi kejayaan penting buat jenama ini.

“Kita tahu ramai wanita di luar sana yang memerlukan produk yang menepati pilihannya. Seperti di Jamu Mutyara kami sentiasa mengambil berat akan setiap maklum balas pengguna.

“Melalui formulasi baharu ini kami hasilkan Jamu Mutyara tanpa gula. Namun di sebalik produk baharu ini apa yang penting khasiat yang tersedia masih sama,” katanya.

Foto: Zetty Nurhusna

Kerjasama Dengan Anna Jobling

Sementara itu memperkenalkan Anna Jobling senagai duta untuk Jamu Mutyara, jelas Tya dia yakin dengan kerjasama ini dapat memperluaskan lagi golongan sasaran untuk produk keluarannya ini.

“Sebagai antara pelakon popular kini Anna dilihat menjadi pilihan terbaik untuk mewakili Jamu Mutyara.

“Paling penting bagaimana Anna yang berusia 22 tahun juga yakin dengan keberkesanan Jamu Mutyara ini selain turut mengamalkannya,” jelasnya.

Bersempena perlancaran produk terbaharu ini Jamu Mutyara juga turut dijual dengan harga pengenalan RM69 bermula 18 Ogos ini sehingga 22 Ogos depan.

Bagi yang ingin mendapatkan Jamu Mutyara, pembelian boleh dibuat melalui Usahawan Mutyara atau melayari laman web www.mutyara.com.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Anna JoblingTya Arifin
Share5Tweet3SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terima Kasih Kerana Berani Menerima Cinta Daripada Lelaki Yang….”-Adam Sinclair

  2. 2

    [VIDEO] Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah!-“Ustazah Doakan Saya Lagi 3 Tahun Nak Masuk…”

  3. 3

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  4. 4

    Hutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami Baru BCL Tiko Dibongkar

  5. 5

    Mimi Lana Buka Mulut Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dan Menjelaskan Video Tular Makan Bersama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes