Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Najib Asaddok Rasa Bersalah, Ini Yang Terpaksa Dilakukan…

by Arsiqin Yusof
August 25, 2022
86
KONGSIAN
Share on Facebook

Jurulatih pemasaran dalam talian, Najib Asaddok meluahkan rasa bersalah kerana menurutnya, ramai lagi peniaga tak dapat dibantu dengan keadaan ekonomi tidak menentu, harga barang naik, untung makin nipis dan bisnes makin tenat.

Banyak Terima Mesej?

Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok berkata, dia banyak menerima mesej melalui emel dan media sosial yang meluahkan rasa risau dan gelisah mengenai keadaan mereka.

“Ramai yang mengadu pelanggan dah kurang dan susah nak tarik pelanggan baru. Kos barang naik dan untung makin nipis. Saya fikir, saya perlu buat sesuatu dan tak boleh duduk diam,” katanya.

Baru-baru ini, Najib menganjurkan program Mega Momentum Bisnes 2022 (MMB 2022) yang dihadiri 1,000 usahawan secara percuma di Shah Alam Convention Centre.

Menurut Najib, menerusi program itu peserta diberikan strategi-strategi terkini berkaitan pemasaran dalam talian yang peniaga boleh gunakan dengan mudah.

“Dalam sesi MMB 2022 peserta fokus pada bagaimana mereka boleh menggunakan platform media sosial terutamanya untuk menarik perhatian pelanggan dan tingkatkan jualan walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini.

“Kami dimaklumkan ada yang tidak dapat hadir sesi ini atas faktor kesihatan, urusan keluarga dan kerja hujung minggu. Keadaan ini buat saya terfikir untuk buat sesuatu supaya dapat sampaikan juga strategi dan teknik pemasaran dalam talian kepada peniaga yang sangat memerlukan,” katanya.

Belajar Bila-Bila Masa

Dalam masa sama, Najib menerusi syarikatnya Momentum Internet membina platform E-Learning khas yang dinamakan Momentum Roket di MMB 2022 bagi membantu peniaga untuk belajar dan membuat rujukan strategi serta teknikal pemasaran dalam talian pada bila-bila masa.

“Momentum Roket ini memudahkan peniaga untuk belajar teknik dan strategi pemasaran terkini dan boleh diakses dari mana-mana sahaja selama 24 jam sehari. Video-video terbaru dimuat naik setiap bulan untuk terus bantu peniaga-peniaga dapat info dan strategi terkini.

“Momentum Roket memudahkan peniaga kerana mereka tidak lagi perlu menunggu hari program atau kelas untuk belajar strategi dan teknikal. Tidak perlu risau sibuk atau tidak sempat, sebab semuanya bergantung pada peniaga untuk akses bila-bila saja. Terdapat juga komuniti untuk bertanya soalan dan pendapat,” katanya.

Platform ini juga mempunyai komuniti khas di dalamnya untuk bertanya soalan dan juga bertukar pendapat dengan orang lain. Momentum Roket ini dilengkapi dengan sistem webinar, dimana para peniaga boleh sertai kelas secara dalam talian di dalam platform tersebut.

Momentum Roket yang boleh di akses secara percuma selama 14 hari ni boleh didapati melalui www.momentumroket.com untuk beri peluang pada peniaga dan Usahawan untuk mencuba terlebih dahulu dan tiada sebarang caj dikenakan dan bila bila masa langganan boleh dihentikan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Najib Asaddok
https://lomp.at/zvfao
Share34Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem