Selepas lagu Cinta Sejati yang trending di Youtube dan media sosial dengan tontonan lebih 5 juta dilancarkan, kali ini 4U Entertainment mempertaruhkan karya terbaru Aiman Sidek yang dibawakan oleh influencer Tiktok dan Instagram, Affizy Khairy.
Mengisahkan Perjalanan Kehidupan
Affizy Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai Agy, tampil dengan single terbaru yang berjudul “Ku Bertahan” yang mengisahkan tentang sebuah perjuangan seseorang dalam kehidupan yang perlu melalui ranjau perjalanan yang penuh dugaan dan cabaran.
Ini merupakan single ketiga bagi usahawan, penyanyi & penulis lagu yang berasal dari Banting Selangor selepas single pertamanya bertajuk “Tiada Apa” dan “Kamar Sepi” hasil gubahannya sendiri.
Mempunyai Tone Suara Yang Unik

Lagu “Ku Bertahan” merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek khas buat Affizy yang mempunyai gaya nyanyian serta tone suaranya yang unik dan tersendiri.
Affizy yang banyak menghasilkan lagu-lagu cover yang mendapat sambutan di saluran Youtube “affizy khairy channel” juga sering viral dengan perkongsian membuat kek di Tiktok dan Instagram yang mempunyai lebih 100,000 pengikut dan 2.2 juta sukaan (likes).
Mendapat Perhatian Dari Pendengar
Sejak dilancarkan, jumlah tontonan lagu “Ku Bertahan” di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 15,000 tontonan serta telah mendapat perhatian beberapa drama dan telefilem yang lain, dan dalam perbincangan untuk bekerjasama.
Untuk mendengar dan menonton lirik video Ku Bertahan, Ku Bertahan di Youtube 4U Entertainment
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.