• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Alasan Esma Daniel Tak Hadir Malam Gala Filem JUANG & AIRFORCE THE MOVIE

by Phic ARMAN
August 29, 2022
Share on Facebook

Jika sebelum ini, heboh aktor Datuk Adi Putra terkilan dan memilih untuk tidak hadir pada Malam Gala Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, tetapi kali ini pelakon Esma Daniel juga meluahkan rasa yang sama.

Pelakon berusia 53 tahun ini, meluahkan rasa terkilan kerana tidak  menghadiri tayangan perdana dua filem Mega iaitu JUANG dan AIRFORCEONE THE MOVIE. Difahamkan penglibatannya dalam filem ini sangat bermakna buat Esma kerana beliau diberi mandat untuk memegang watak yang penting dalam kedua-dua filem tersebut.

Tapi bukan kerana berkecil hati dengan pihak produksi, ini kerana Esma kini berada di Pakistan untuk menjalani pengambaran drama bersiri terbaru. Ketika Murai MY menghubunginya, Esma berkata walaupun pembabitannya sebagai pelakon pembantu dalam dua filem tersebut, namun dia sangat teruja dan tidak sabar untuk memperlihatkan hasil kerja terbarunya.

“Pembabitan saya dalam filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa dan Juang The Movie telah digalas pada 2 tahun yang lalu iaitu filem Airforce the Movie pada November 2019 dan Juang the movie pada April 2021.

Tanggungjawap sebagai pelakon pembantu kepada kedua-dua filem tersebut itu amat mengujakan saya dan saya tidak sabar untuk memperlihatkan hasil kerja terbaru khususnya untuk peminat-peminat saya.”- katanya kepada Murai MY.

Terkilan Tak Hadir Tayangan Perdana Filem JUANG & AIRFORCE THE MOVIE

Esma berkata, dia terkilan kerana tidak berkesempatan menonton sendiri buat pertama kali hasil kerjanya kerana terpaksa berlepas ke Pakistan beberapa hari sebelum malam gala.

“Penantian saya untuk bersama-sama meraikan tayangan malam gala bersama rakan-rakan artis dan tenaga produksi serta menonton sendiri buat pertama kali hasil kerja saya untuk kedua-dua filem tersebut tidak dapat saya laksanakan. Beberapa hari sebelum tarikh malam gala kedua-dua filem tersebut, saya telah berlepas ke Pakistan untuk tugasan saya yang terbaru.

Walaupun rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat hadir untuk meraikan kedua-dua malam gala tersebut , saya amat teruja dengan tugasan baru saya iaitu sebagai salah seorang pelakon dalam Mega Drama terbitan Astro Ria yang bertajuk Akira Khan ,dimana separuh dari lokasi pengambarannya di lakukan di negara Pakistan”- tambahnya lagi

Watak sebagai Brigadier General Rahim dalam filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa

Ditanya mengenai watak yang dipegang dalam filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa, ini jawapan Esma;

“Dalam filem Airforce The Movie : Selagi Bernyawa, saya telah memegang watak sebagai Brigadier General Rahim Bin Ahmad. Beliau digambarkan sebagai seorang yang tegas dan tidak teragak-agak dalam membuat keputusan. Merupakan seorang juruterbang pejuang suatu ketika dahulu dan beliau amat mengutamakan kebajikan anggota anggota dibawah beliau.

Namun dalam ketegasan, beliau seorang yang mudah didekati. Sebagai Komander, beliau merupakan seorang yang tenang dalam membuat keputusan walaupun keputusan yang bakal dibuat amat sukar. Brigadier General Rahim mengetuai misi Search and Rescue dalam Op Hornbill iaitu misi menyelamat dan membawa pulang anggota Pasukan Unit Khas Udara (PASKAU) serta rakyat Malaysia yang menjalankan misi kemanusiaan yang telah terkandas di negara bergolak, Namburi.

Perwatakan Brigadier Rahim Bin Ahmad telah diilhamkan dari watak sebenar iaituLieutenant General Dato’ Zahani Bin Zainal Abidin, Commander of Air Education and Trainning, RMAF”- jelasnya

Drama Bersiri Terbaru Akira Khan

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Esma kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri terbaru Mega Drama yang bertajuk Akira Khan. Katanya, pelbagai cabaran telah ditempuhi sepanjang proses pengambaran Akira Khan ini, dimana perjalanan ke lokasi di Pakistan  telah mengambil masa dua hari melalui jalan darat dari Islamabad ke Hunza Valley melalui Karokam Highway sepanjang 582 KM.

“Perkembangan terbaru dalam kerjaya saya ialah berlakon dalam drama bersiri terbaru Mega Drama yang bertajuk Akira Khan. Terbitan Astro Ria dibawah produksi SROneSdn Bhd. Saya Memegang watak Kamarul iaitu ayah kepada Akira yang dilakunkan oleh Uqasha Senrose. Kamarul telah berkahwin dengan Fareeda (Maria Farida), iaitu berbangsa Pakistan dan telah menetap bersama keluarganya di Pakistan selama 15 tahun. Kamarul menjalankan perniagaan syarikat perlancungan di Hunza  Pakistan.

“Diantara cabaran dalam watak Kamarul ialah beliau memerlukanbertutur dalam bahasa Urdu. Pelbagai cabaran telah ditempuhi sepanjang proses pengambaran Akira Khan ini, dimana perjalanan ke lokasi di Pakistantelah mengambil masa dua hari melalui jalan darat dari Islamabad ke Hunza Valley melalui Karokam Highway sepanjang 582 KM. Jalan yang dulunya dikenali sebagai Silk Route ini menyajikan panorama yang sangat indah.Ianya telah memberikan pengalaman yang mempesonakan dan mendebarkan sepanjang perjalanan kami.”- katanya.

Banjir yang berterusan di Pakistan

Difahamkan kini Pakistan banjir monsun, lebih 33 juta penduduk dan 72 daerah terjejas akibat banjir yang berterusan di Pakistan yang dibawa oleh hujan monsun musim ini yang bermula pada pertengahan Jun, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), lapor Xinhua. Ditanya bagaimana keselamatan kru dan pelakon semasa di sana, Esma berkata lokasi bencana agak jauh dari set penggambaran .

“Pada saat ini, Pakistan telah diistiharkan darurat akibat peralihan monson yang tidak dijangka. Monsun hujan di Pakistan diramalkan pada bulan Oktober dan pihak produksi tidak menyangkakan ianya telah berlaku lebih awal. Syukur, Alhamduliah, lokasi tempat kami tinggal agak jauh dari kawasan bencana dan pihak produksi telah berusaha untuk memastikan keselamatan kami sepanjang kami berada disini berada dalam keadaan selamat. Insyallah”- tambahnya lagi.

Akira Khan berdurasi satu jam , 28 episod ini yang diarahkan oleh Jamal Khan dan bakal ditayangkan pada Januari, 2023 di Astro Ria. Dibintangi oleh Uqasha Senrose, Kamal Adli, Irfan Zaini, Julia Farhana Marin, Maria Farida, Dilla Ahmad, Idzham Ismail, Razman Mahiyuddin, Safura Yaakub dan ramai lagi. Pengambaran mengambil masa 3 bulan meliputi kawasan Lembah Klang, Terengganu, Islamabad, Rawal Pindi, Naran, Hunza Valley dan Kawei di Pakistan.

esma daniel
https://lomp.at/r0753
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Fattah Amin Cemas Isteri Syurganya Dirawat Tengah Malam, Peminat Persoal Keadaan Sebenar Amira Othman

by Puteri Alia
November 17, 2025

“Doakan isteri syurga saya, Amira Othman.” Kata-kata itu muncul dalam satu hantaran ringkas tetapi cukup meruntun hati yang dimuat naik...

Read more
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Belajar Solat Jenazah Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak?…

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak kepada Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ammar Ahyan yang sedang belajar...

Read more
by Noah Ab
November 20, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Aliff Syukri & Ammar Tangkap Ikan Talapia Di Halaman Rumah, Lain Pula Netizen Lihat

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Aliff Syukri menangkap ikan talapia di kolam halaman rumahnya itu. Namun yang diperhatikan...

Read more
by Noah Ab
September 22, 2025
Lokal

[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan Bella Astillah iaitu Ara Adreanna yang lincah menari di hadapan...

Read more
by Naddy Joe
September 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Tok Ram Juara Lawan Snooker Raih Pujian Netizen-“Orang Tua Berbakat”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tok Ram yang juara berlawan permainan snooker yang diajak tentang oleh individu yang...

Read more
by Noah Ab
November 13, 2025
Lokal

[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen

Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen majlis pertunangan anak lelakinya,...

Read more
by Naddy Joe
October 27, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Bella Astillah Titip Ucapan Istimewa Selepas Terima ‘AFFIN INVIKTA Top 50 Women Of Excellence Awards’

Penyanyi, Bella Astillah menitipkan rasa syukur selepas diumumkan sebagai salah seorang penerima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards...

Read more
by Naddy Joe
November 28, 2025
Lokal

[VIDEO] Faezah Elai Sekeluarga Buat Trend TikTok, Lain Pula Yang Netizen Tegur?

Perkongsian pelakon, Faezah Elai mencuri perhatian netizen selepas dilihat memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video yang...

Read more
by Naddy Joe
September 19, 2025
Foto - @britneyspears (IG)
Hollywood

Bekas Suami Dedah Kelakuan Pelik Britney Spears- “Setiap Malam Dia Tengok Anak Tidur Sambil Pegang Pisau”

Dalam memoir baharu Kevin Federline, 'You Thought You Knew', telah membincangkan perebutan hak penjagaan ke atas anak lelaki pasangan itu...

Read more
by Nurul A.
October 24, 2025
Lokal

[VIDEO] “Jihad Seseorang Itu Membuatkan Saya Insaf”-Elly Mazlein

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Elly Mazlein memberitahu bahawa perubahan yang dilakukan dirinya itu kerana tersentuh dengan melihat...

Read more
by Noah Ab
October 6, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  2. 2

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore