Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay baru sahaja menyambut menantu baru. Anak sulungnya Lim Keong Hui berkahwin dengan teman wanitanya Ten-ni Soh selepas bersama selama empat tahun. Keong Hui merupakan timbalan pengarah urusan Genting Bhd yang dilantik pada tahun 2019.
Rakan rapat dan keluarga hadir semasa majlis tertutup itu, termasuk ibu bapanya Lim Kok Thay dan Cecilia Lim. Majlis yang meriah itu menyaksikan pasangan pengantin baru menandatangani pendaftaran perkahwinan mereka dan bergambar di sekitar kolam renang dengan berlatar belakang jambangan bunga.
Di laman instagram Keong Hui, beliau berkongsi saat manis dia melamar kekasihnya.
Juga terlihat bangunan hotel miliknya di Las Vegas memaparkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.
Menurut China Press, Keong Hui, 38, dan Ten-ni, 35, dijangka melangsungkan perkahwinan mewah mereka pada 8 Oktober 2022 di Hotel Awana di Resorts World Genting. Seperti yang dilihat di Instagramnya, Keong Hui ialah pengerusi Zouk Genting dan Zouk Singapura. Beliau juga dianggap sebagai pengganti Genting Group. Sementara itu, carian Google yang mudah mendedahkan bahawa Ten-ni ialah seorang doktor Malaysia dan pengerusi GT Diagnostics – sebuah syarikat di UK yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Lihat gambar perkahwinan cantik yang diambil dari IG Stories Keong Hui:
Untuk info, kekayaan bapa Lim Keong Hui iaitu Lim Kok Thay mencecah USD 2.2 bilion atau setara dengan RM4.5 Billion menurut Forbes. Namun, kebelakangan ini Lim Kok Thay mengalami penurunan pendapatan kerana salah sebuah syarikat resort miliknya iaitu Genting Hong Kong mencatatkan kerugian keuntungan sebanyak USD743 juta pada pertengahan tahun 2021.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.