Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Arianie Kongsi Momen Sedih Selepas Bercerai Dengan Hattan, “Saya Baca Surat Khabar Di Brisbane & …”

Ariani, yang berkahwin dengan Hattan pada 17 Disember 1996, menceritakan pengalaman peribadi yang penuh emosi ketika melalui perpisahan tersebut.

by Phic ARMAN
January 31, 2025
5.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Datin Arianie, bekas pramugari yang juga dikenali sebagai isteri kepada penyanyi Datuk Hattan, baru-baru ini membuka hati berkongsi detik pahit selepas perceraiannya dalam temubual bersama Zarul dalam program podcast Borak Dalam Galley. Ariani, yang berkahwin dengan Hattan pada 17 Disember 1996, menceritakan pengalaman peribadi yang penuh emosi ketika melalui perpisahan tersebut.

YouTube video

Momen Pahit dan Tekanan Setelah Bercerai

Bercerai pada tahun 2005, Ariani ketika itu masih bertugas sebagai pramugari dan harus meneruskan rutin kerjanya, termasuklah terbang ke Brisbane, Australia. Apa yang menyedihkan, berita perceraian mereka tersebar luas di media dan menjadi tajuk utama di dada akhbar. Ariani menceritakan betapa sukarnya menghadapi situasi itu dalam keadaan yang begitu terbuka.

“Masa berpisah tu saya rasa tekanan, sebab orang bertanya. Penumpang pun tanya masa tu.” ujarnya dalam temubual tersebut.

Lebih perit lagi, surat khabar yang mengandungi berita perceraiannya itu turut berada dalam pesawat yang dinaikinya. Sambil menceritakan detik itu, Ariani mengakui bahawa dia tidak dapat menahan perasaan dan mengalirkan air mata ketika membaca berita tersebut.

“Masa saya bercerai dengan Hattan, berita keluar di surat khabar. Ketika itu saya kena terbang ke Brisbane, dan masa itu keluar di dada khabar. Surat Khabar tu dalam pesawat, saya baca dan ketika itu saya menangis.”

Kru Pesawat Tahu dan Prihatin

Keadaan yang lebih menyedihkan apabila Ariani terpaksa menahan kesedihan dalam penerbangan tersebut. Kejadian itu turut mendapat perhatian kru pesawat yang bekerja dengannya. Mereka yang tahu akan keadaan Ariani ketika itu sangat prihatin dan memberi sokongan.

“Ada juga penumpang yang ambil berat bertanya saya ok atau tidak. Saya tak keluar bilik waktu itu, kru yang beli makan sebab saya tengah bersedih dan keluar mana-mana.”

Walaupun menjalani tempoh yang sangat sukar dan penuh tekanan, Ariani berterima kasih atas sokongan moral yang diberikan oleh kru pesawat dan penumpang yang prihatin. Situasi tersebut jelas menunjukkan betapa beratnya cabaran yang dihadapinya pada masa itu, namun dia tetap melangkah terus menjalani kehidupan, walaupun penuh dengan kesedihan.

Menghadapi Kenangan Pahit dengan Kekuatan

Perceraian ini, yang mungkin merupakan pengalaman paling pahit dalam hidupnya, tidak menghalang Ariani untuk terus maju ke hadapan. Selepas berpisah pada tahun 2005, kehidupan peribadi Hattan dan Arianie mengambil satu pusingan baru yang penuh dengan kejutan.

Pada tahun 2013, pasangan ini menggemparkan ramai apabila mereka kembali bersama dan melangsungkan perkahwinan semula. Majlis pernikahan yang penuh makna ini diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya, pada hari Rabu yang indah itu, menandakan bermulanya babak baru dalam hidup mereka selepas hampir lapan tahun berpisah.

What’s your Reaction?
+1
20
+1
13
+1
4
+1
10
+1
9
+1
9
ArianieDatin ArianieHattan
https://lomp.at/5gy0x
Share2020Tweet1263SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem