Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Hebat! Amber Chia Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Japanese Fruit.The Ultimate Gift’

by Naddy Joe
September 7, 2022
Share on Facebook

Peragawati dan pelakon Malaysia terkenal, Amber Chia menyertai Japan Fruit & Vegetables Export Promotion Council (J-FEC) dan Japan Food Product Overseas Promotion Center (JFOODO) di dalam pengumuman kempen yang akan datang iaitu “Japanese Fruit”. “The Ultimate Gift.”, satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup dan budaya memberi hadiah yang lebih sihat di Malaysia (dikenali sebagai Omiyage dalam Bahasa Jepun).

Kepelbagaian Buah-buahan Jepun

Ini membawa kepada objektif J-FEC dan JFOODO yang mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan budaya memberi hadiah di Malaysia dengan menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan faktor kesihatan semasa memberi hadiah. Memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling majmuk di dunia, dengan banyak perayaan, cuti umum dan peluang untuk memberi hadiah telah sebati dengan budaya kita. Jadi, kempen “Japanese Fruit. The Ultimate Gift” dilancarkan untuk mendidik masyarakat mengenai alternatif yang lebih sihat sebagai hadiah.

Hadiah Lambang Perasaan Seseorang Terhadap Penerima

Talkshow bersama Amber Chia, dan Emcee, Yo Zi

Semasa sidang media berlangsung, Amber Chia menyatakan bahawa hadiah melambangkan perasaan seseorang terhadap penerimanya.

Hadiah secara amnya melambangkan perasaan seseorang terhadap penerimanya. Sekuntum bunga ros melambangkan perasaan romantis dan cinta, manakala coklat dan hadiah lain diberi untuk orang tersayang mungkin membawa maksud anda mengutamakan kemahuan mereka.

Namun begitu, ia memerlukan daya persahabatan dan kasih sayang yang tinggi untuk memilih alternatif hadiah yang lebih sihat yang menyampaikan hasrat supaya mereka sentiasa ada bersama untuk tahun-tahun yang akan datang.”-Kata Amber Chia

Supermodel dan pelakon, Amber Chia

Selain dari memberi manfaat kepada kesihatan, buah-buahan Jepun dikenali sebagai produk paling premium yang terdapat di dunia. Harga yang tinggi namun mampu dimiliki menjadikannya hadiah yang premium dan menonjol di sesebuah majlis atau acara. Tambahan pula, seperti bunga, setiap buah mempunyai maksud simbolik yang spesifik – dan kepelbagaiannya merentasi budaya, mitos dan lagenda.

[VIDEO] "Ramai Di Kalangan Rakan Saya Hidap Kolesterol Tinggi.."-Amber Chia
Kiri ke kanan: Encik Kurotaki Kazuyuki, Bahagian Ekonomi Antarabangsa Kerajaan Wilayah Aomori; Cik Amber Chia, Supermodel Malaysia, dan Pelakon; Encik Takashi Fukuda, Pengarah Pengurusan Runcit Pan Pacific; Cik Lynn Goh, Pengarah Urusan Euro- Atlantic

Memandangkan Malaysia menempuhi fasa endemik, ramai orang lebih mengutamakan kesihatan, kebersihan dan keselamatan. Jadi, kempen ini dilancarkan pada waktu yang tepat iaitu menjelang musim perayaan, di mana rakyat Malaysia kini mampu meneruskan rutin normal mereka seperti menziarahi keluarga dan sahabat handai bersama pilihan hadiah yang lebih sihat.

Amber Chia
https://lomp.at/qybh8
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem