Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Jaclyn Victor Ada Sebab Sertai Gegar Vaganza

Penyanyi popular Jaclyn Victor tidak menafikan dia tidak mahu menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada mulanya.

by Arsiqin Yusof
September 7, 2022
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi popular Jaclyn Victor tidak menafikan dia tidak mahu menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada mulanya.

Namun, setelah diberi penerangan tentang pembaharuan yang ditampilkan oleh program tersebut, Jaclyn atau mesra disapa Jac akui mula mempertimbang hinggalah diumumkan sebagai salah seorang peserta semalam.

“Dulu kita tahu kalau Gegar Vaganza hanya untuk artis yang lama tak aktif, tapi ianya sudah berubah. Pada mulanya saya memang tak mahu masuk pertandingan ini, tapi bila saya berjumpa seseorang dan diterangkan tentang konsep terbaru GV, saya mula pertimbangkan kerana saya diberitahu boleh buat apa yang saya mahu.

“Jadi bila dah dengar penjelasan itu, saya pertimbangkan untuk menyertai. Agak lama juga pihak produksi mengambil masa untuk memujuk saya,” katanya.

Jac berkata demikian ketika ditemui Murai MY di sidang media GV9 di Menara Kuala Lumpur, malam tadi.

Mengulas lanjut tentang penyertaan dalam GV9, Jac bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan disukai, mahupun tidak disukai oleh para penonton.

“Kita kena kuat, saya bukan budak baru dalam industri, akan ada orang yang suka kita dan begitu juga sebaliknya. Kalau orang tak suka, orang akan cakap secara terus, kita sendiri yang kena tabah,” jelasnya.

View this post on Instagram

A post shared by Jaclyn Victor (@jaclyn_victor)

Dalam pada itu, Jac tidak menolak bahawa faktor usia boleh mempengaruhi kualiti vokal nyanyian, namun dia mengambil langkah untuk mengikuti latihan vokal secara profesional untuk terus menjaga kualiti suaranya.

“Kita sebagai manusia semakin tua, mungkin kita pernah buat sangat bagus ketika muda dan ada kemungkinan kita tak dapat lakukan sebagus itu apabila usia sudah meningkat, tapi tak semestinya. Kita harus sentiasa lakukan apa yang perlu seperti senaman, latihan vokal dan sebagainya untuk bertahan lama dalam industri,” katanya lagi.

Selain Jac, antara penyanyi berbakat lain yang bakal berentap dalam GV9 adalah Shila Amzah, Dina Nadzir, Bob Yusof dan ramai lagi.

GV9 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria. Ia juga boleh distrim menerusi platform On Demand, Astro Box dan Astro Go.

[VIDEO] "Ini Rupanya Suami Baru Dia..." Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami
gegar vaganzajaclyn victor
https://lomp.at/un9td
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem