Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘An Intimate Showcase with Aisha Retno’ Khas Buat Para Peminat & Rakan Media

by Arsiqin Yusof
September 9, 2022
Share on Facebook

Tidak disangkal lagi, nama penyanyi Aisha Retno, 22, sememangnya semakin menyinar di persada hiburan tempatan. Hanya beberapa bulan selepas melancarkan single Pencarianku, Aisha kini sibuk mempromosikan single terbarunya yang penuh keunikan berjudul ‘Sutera’.

Sempena itu, syarikat rakaman yang menaungi Aisha, Sony Music Entertainment Malaysia menganjurkan acara istimewa ‘An Intimate Showcase with Aisha Retno’ pada Khamis, 8 September 2022 bertempat di Red Box the Gardens, Kuala Lumpur.

Berbicara mengenai perasaan mengadakan showcase tersebut, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam akui berasa teruja kerana dapat menghargai para peminat dan rakan media secara lebih dekat.

Persembahan Secara Dekat

“Ini merupakan showcase yang dibuat khas untuk para peminat dan media, semestinya saya amat teruja. Alang-alang sudah buat persembahan secara lebih dekat, bolehlah saya persembahkan lagu terbaru iaitu ‘Sutera’ secara langsung dan sekaligus dapat mempromosikannya kepada tetamu yang hadir.

“Selain itu, saya juga mempersembahkan lagu-lagu yang pernah saya lancarkan seperti dari single sulung saya ‘Mengikat Jiwa’ dan sebahagian lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama iaitu ‘Cinta Denganmu’ dan ‘Nukilanku’, juga semestinya lagu W.H.U.T(Wanna Hold You Tight) yang kini sudah mencapai 33 juta penstriman audio di keseluruhan platform digital.

“Semuanya saya persembahkan khas buat para peminat dan rakan media yang sudah bertungkus lumus dan tidak putus memberikan sokongan sepanjang perjalanan nyanyian saya hingga ke hari ini,” katanya.

Dedikasi Ucapan Terima Kasih

Justeru, Aisha amat berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti menyokongnya dan berharap agar lagu ‘Sutera’ mendapat sokongan padu secara berterusan.

“Terima kasih kepada anda semua yang menyokong lagu ‘Sutera’, sambutan yang diterima setakat ini amat memberangsangkan. Insya-Allah kita sama-sama hangatkan lagu ini pada majlis ‘An Intimate Showcase with Aisha Retno’ ini,” katanya lagi.

Sedikit mengenai lagu Sutera, Lagu ini adalah lambang seorang permaisuri Jawa. Kita tahu sutera sifatnya lembut, agung dan amat dihargai oleh ramai orang. Bagaimanapun, kalau dirosakkan kain itu, habislah tercemar keagungnnya. Begitulah juga dengan permaisuri Jawa itu, kalau ada orang yang pernah sakiti hatinya di masa lalu, maka tercemarlah juga perasaanya.

Lagu yang ditulis dan digubah sendiri kali ini memberi kelainan dalam ‘Sutera’, Aisha menjelaskan gabungan elemen etnik Jawa dan muzik moden EDM menjanjikan perbezaan berbanding lagu-lagunya yang terdahulu dan karya hasil kerjasama dengan MFMF ini turut disulami dengan mesej untuk memperkasakan kaum wanita.

Sebelum tampil dengan single terbarunya itu, Aisha telah mencipta sejarah manis apabila wajahnya menghiasi papan iklan tersohor di New York untuk kempen EQUAL daripada Spotify pada Julai lalu. EQUAL adalah satu kempen global yang memperjuangkan ekuiti (hak sama rata) wanita dalam muzik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aisha Retno
https://lomp.at/fh8wy
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem