Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home #ApaPlan

Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 Memang Luar Biasa!

Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 berlangsung dengan penuh kemeriahan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat dan Sabtu baru-baru ini.

by Arsiqin Yusof
September 12, 2022
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 berlangsung dengan penuh kemeriahan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat dan Sabtu baru-baru ini.

Murai MY berkesempatan menghadiri konsert malam pertama yang menyaksikan kehadiran kira-kira 9,000 penonton yang membanjiri lokasi berkenaan demi melepas rindu terhadap kumpulan dari seberang itu.

Ello (kiri) & Virzha (kanan)

Konsert itu boleh dikatakan serba serbi sempurna dan berjaya memberi impak luar biasa kepada yang menonton, baik dari segi vokal lima penyanyi iaitu Ahmad Dhani, Virzha, Ello, Ari Lasso dan Once Mekel, hinggalah aspek pementasan, penataan cahaya dan susunan lagu, memang kelas pertama!

Selain lagu hit Dewa 19 seperti Tak Kan Ada Cinta Yang Lain, Larut, Dewi, Arjuna, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan banyak lagi, penonton turut dihiburkan dengan lagu ‘cover’ Careless Whisper nyanyian asal George Michael, dipersembahkan dengan penuh gaya dan kualiti oleh Ello.

Secara keseluruhan, Dewa 19 menyanyikan 38 buah lagu dalam masa lebih tiga jam pada malam tersebut.

Ahmad Dhani

Meskipun konsert berlangsung agak lama, namun tenaga setiap yang hadir tidak berubah, semuanya setia menyanyi bersama pada setiap persembahan dan memberikan sorakan gemuruh kepada kumpulan yang sudah lebih dua tahun tidak ke Kuala Lumpur itu.

Setelah Virzha, Ello, Ahmad Dhani dan Once tampil membuat persembahan, Ari Lasso pula muncul menyambung kegamatan di Axiata Arena dengan lagu-lagu seperti Risalah Hati, Pupus dan Kangen. Penulis secara peribadi teruja melihat Ari Lasso yang baru saja sembuh dan bebas daripada kanser Limfoma itu.

Once Mekel
Ari Lasso

Tentunya konsert Dewa 19 di Kuala Lumpur kali ini meninggalkan seribu kemanisan di memori setiap peminat mereka di Malaysia!

Konsert Dewa 19
https://lomp.at/8k8gs
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem