Saturday, January 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Yakin Penonton Akan Terpikat Dengan Jalannya”- David Teo

Rampas Cintaku merupakan realiti kisah cinta dan perkahwinan yang mempunyai jalan cerita yang menarik

by Nurin Sakinah
September 14, 2022
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Rampas Cintaku adalah produk iQIYI hasil kerjasama dengan syarikat produksi tempatan terkenal, MIG Production dan syarikat pengurusan pelaburan dan hak global, Motion Content Group, serta Grab Malaysia sebagai rakan bersama.

Rampas Cintaku mengisahkan Rizal (lakonan Afieq Shazwan), seorang anak muda yang terdesak untuk keluar daripada bebanan hutang, kemiskinan dan gangguan pengutip hutang. Rizal pertaruhkan segala-galanya dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja di kelab malam demi meraih pendapatan yang lebih baik. Dia kemudiannya bertemu dengan seorang ahli perniagaan kaya dan menggoda iaitu Datin Safieya (lakonan Fasha Sandha) yang menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya dia bersetuju menjadi kekasih gelapnya, meskipun Datin Safieya sudah berkahwin dengan Datuk Jefri (lakonan Zarul Husin). Terdesak untuk melunaskan hutang keluarganya, Rizal menerima tawaran Datin Safieya, namun akhirnya jatuh cinta terhadap Datin Safieya.

Kisah Dendam Dan “Plot Twist”

Memaparkan kisah balas dendam dan ‘plot twist’ yang sukar diramal penonton, Rampas Cintaku memiliki jalan cerita yang dramatik dan menarik serta melangkaui realiti kehidupan yang tidak sempurna. Tindakan berani platform penstriman ini turut memaparkan topik ‘taboo’ yang tidak ramai berani ceburi. Topik ini mengangkat kehidupan rumit dalam perhubungan, perselingkuhan, pemerkasaan wanita dan pengorbanan generasi muda yang kurang bernasib baik terhadap orang tersayang.

“Selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam industri seni, kami selalu mencabar diri untuk mencipta kandungan berkualiti bagi menarik perhatian penonton.- David Teo

David Teo, Ketua Pegawai Eksekutif MIG Production dan Penerbit Rampas Cintaku mengatakan bahawa Selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam industri seni, mereka selalu mencabar diri untuk mencipta kandungan berkualiti bagi menarik perhatian penonton. Rampas Cintaku mengangkat topik yang tidak ramai berani menyahut cabaran dan mereka teruja untuk melihat perbincangan yang akan diperdebatkan oleh masyarakat kita. Berpegang kepada tagline Bukan Janji Tapi Pasti,  mereka yakin penonton akan terpikat dengan jalan cerita Rampas Cintaku yang matang selain memberi kesedaran.

Kerjasama Dengan iQiYi Dan Grab Malaysia

Rampas Cintaku adalah produk iQIYI hasil kerjasama dengan syarikat produksi tempatan terkenal, MIG Production dan syarikat pengurusan pelaburan dan hak global, Motion Content Group, serta Grab Malaysia sebagai rakan bersama.Rampas Cintaku dilancarkan secara global di platform iQIYI dan iQIYI International (www.iq.com) merentasi 191 negara dan wilayah pada 23 September 2022.

Melodrama tempatan ini menampilkan pelakon tempatan yang berbakat besar seperti Fasha Sadha, Afieq Shazwan, Aidil Aziz, Zarul Husin , Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Afieq Shazwandavid teofasha sandha aidil azizgrabIqiyi
Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Pergi Umrah Bersama, Netizen Titip Doa Buat Shikin Dan Chacha Maembong
Selebriti

Pergi Umrah Bersama, Netizen Titip Doa Buat Shikin Dan Chacha Maembong

by Mas Ayu
January 27, 2023
Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023
‘Fuhhh! Headline Korang Tak Beragak’- Zulin Aziz Tegur Wartawan & Blogger
Selebriti

‘Fuhhh! Headline Korang Tak Beragak’- Zulin Aziz Tegur Wartawan & Blogger

by Phic ARMAN
January 27, 2023
Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”
Gossip

Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”

by Naddy Joe
January 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan