Monday, February 6, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Disney+ Hotstar Membawakan Koleksi Rancangan Bertemakan Jalur Gemilang Sempena Hari Malaysia

by Aphit J.
September 17, 2022
Share on Facebook

Rakyat Malaysia akan mengibarkan Jalur Gemilang pada minggu ini untuk menyambut Hari Malaysia. Tatkala kita meraikan semangat perpaduan dan menghayati perbezaan kita pada cuti hujung minggu yang panjang ini, jangan lupa untuk merehatkan badan dan minda anda.

Bagi menyemarakkan sambutan, Disney+ Hotstar telah menyediakan pelbagai rancangan menarik yang bertemakan warna-warna Jalur Gemilang!

Merah Melambangkan Kegigihan Dan Keberanian

via CDN

Berbekalkan keberanian dan niat yang betul, seseorang mampu mencapai apa sahaja yang diimpikan. Nilai kegigihan ini telah ditonjolkan oleh watak-watak dalam Big Mouth yang tidak mengenal lelah memperjuangkan keadilan.

Dibintangi Lee Jong-suk dan Im Yoon-ah, Big Mouth akan membawa anda menelusuri kehidupan seorang peguam kelas dua yang gigih menentang penjenayah yang terkenal di dunia serta kerajaan yang korup.

Sarat dengan adegan pembunuhan, kecurian, dan ‘peperangan akal’ yang tidak berkesudahan, saksikan siapa yang bakal muncul sebagai ‘survivor’ dalam episod terakhir.

Putih Melambangkan Keluhuran Dan Integriti

via Disney+

Kalau bukan Obi-Wan Kenobi, siapa lagi watak yang terbaik dan terulung dalam Star Wars? Seorang Master Jedi legenda dan mentor yang mahir, watak ini sedaya upaya menentang Darth Vader dalam misi untuk menyelamatkan anak perempuan Anakin, Leia, selepas dia diculik oleh musuh.

Obi-Wan adalah simbol integriti yang memastikan tiada siapa yang tercedera dalam peperangannya untuk menentang Empayar Galactic.

Biru Melambangkan Perpaduan

via Manismadu

Sambutan Hari Malaysia menyatupadukan kita sebagai sebuah negara, sebagaima kita disatukan oleh adiwira muda kegemaran Malaysia.

Tatkala anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan tersayang pada hujung minggu ini, pastikan anda menonton Ejen Ali yang bergabung tenaga dengan rakan-rakannya dari Akademi MATA untuk menyertai Pertandingan Arena MATA.

Kuning Melambangkan Warna Diraja

via The Gadget

Singa diiktiraf sebagai Raja Rimba dan merupakan simbol kekuatan dan diraja. Hayatilah nostalgia dengan penerbitan semula aksi langsung The Lion King keluaran Disney.

Saksikan watak kegemaran anda yang telah diberikan nafas baharu dalam penceritaan semula tentang Simba yang berusaha menuntut semula takhta Pride Lands, sebagaimana dinyanyikan oleh runut bunyinya “I Just Can’t Wait to Be King”.

Kibarkanlah Jalur Gemilang anda bersama Disney+ Hotstar sempena Hari Malaysia! Semoga anda berkesempatan menikmati hujung minggu panjang ini bersama insan tersayang!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Disneydisney hot star
Share3Tweet2SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?
Filem

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?

by Phic ARMAN
February 6, 2023
[VIDEO] Melly Goeslow Sebak & Terkejut Dengar Suara Najua, Cucu P. Ramlee
Indonesia

[VIDEO] Melly Goeslow Sebak & Terkejut Dengar Suara Najua, Cucu P. Ramlee

by Phic ARMAN
February 5, 2023
Peminat Mohon Asmidar Sertai Gegar Vaganza Pada Tahun Ini- “Nak Dengar Sis Nyanyi Lagi”
Musik

Peminat Mohon Asmidar Sertai Gegar Vaganza Pada Tahun Ini- “Nak Dengar Sis Nyanyi Lagi”

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Saharul Ridzwan Hampir Lemas Di Tengah Laut, Penerbit Kongsi Detik Cemas Ketika Penggambaran Filem COAST GUARD
Filem

Saharul Ridzwan Hampir Lemas Di Tengah Laut, Penerbit Kongsi Detik Cemas Ketika Penggambaran Filem COAST GUARD

by Phic ARMAN
February 1, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan