Beberapa artis India secara terbuka mengaku melakukan pembedahan plastik, salah satunya Priyanka Chopra. Isteri Nick Jonas mengaku pernah menjalani pembedahan plastik pada hidungnya.
Membuat Pengakuan
Priyanka Chopra dikenali sebagai salah seorang pelakon India yang seksi. Bukan sahaja perwatakannya, dia juga terkenal menerusi lakonannya yang memukau. Inilah yang membawanya melonjak ke Hollywood.
Namun siapa sangka, sebelum dia terkenal seperti sekarang, dia mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di bahagian hidungnya.
Tidak Dikenali Oleh Keluarga
Tanpa diduga, pembedahan hidung Priyanka Chopra gagal. Dia serta-merta tertekan dan takut. Bukan itu sahaja, wajahnya tidak dikenali keluarga kerana hidungnya senget dan mukanya bengkak dan lebam.
Malah, Priyanka mengakui dia mengalami kesukaran bernafas kerana operasi hidung pertamanya gagal dan hampir putus batang hidungnya.
Digelar “Plastik Chopra”
Kesukarannya dengan pembedahan plastik hidungnya yang gagal berlarutan untuk masa yang lama. Priyanka Chopra sangat kecewa dan media India ketika itu malah menggelarnya sebagai ‘Plastic Chopra’.
Dia juga menyatakan bahawa setiap kali melihat cermin, dia seolah melihat orang lain. Pada masa yang sama media juga turut mengelarnya gelaran plastik.
Walaupun dia telah gagal, Priyanka Chopra berjaya membuktikan dirinya kembali dan kelihatan menakjubkan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.