Amsyar Leee, nama yang tidak asing lagi dalam industri mengorak langkah dengan berduet bersama pendatang baru muzik tanah air, Pudds.
Berkaloborasi Bersama Amsyar Lee
Pudds atau nama sebenarnya Chin Pui Ting mula dikenali dalam aplikasi TikTok sebagai ‘Peribahasa Girl’. Pudds juga banyak terlibat dalam menggayakan pakaian anime dan terkenal dalam kalangan para peminat anime.
Gadis yang berusia 21 tahun ini mencabar dirinya untuk merakamkan lagu pertamanya yang berjudul ‘I LAB U’ bersama penyanyi meningkat naik, Amsyar Leee.
Terdapat Peribahasa Dalam Lirik
‘I LAB U’ merupakan ciptaan Glowrush, Fahimi Rahmat, Efry Arwis dan Tam Cobain. Lagu yang bergenre pop ini banyak menggunakan peribahasa Melayu dan ianya sesuai dengan gelaran Pudds sebagai ‘Peribahasa Girl’ yang ditonjolkan dalam aplikasi TikTok nya.
Manakala muzik berentak catchy dijamin akan membuatkan para pendengar menikmati lagu ‘I LAB U’ ini. Pudds yang meminati peribahasa Melayu sejak dari sekolah menyatakan setiap kali cikgu mengajarnya, dia merupakan salah seorang pelajar yang menunjukkan minat terhadap peribahasa.
Mengangap Sebagai Bonus
Tambahan pula, Pudds yang amat meminati Amsyar Leee menyatakan itu adalah satu bonus bagi dirinya apabila dapat bergandingan bersama Amsyar dalam lagu tersebut.
Lagu ‘I LAB U’ boleh dimuat turun di iTunes mulai 9 September 2022 dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala muzik video ‘I LAB U’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 15 September 2022.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.