Monday, June 5, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home #ApaPlan

Memang Meriah! FESTIVAL NASI LEMAK Anjuran MURAI Berjaya Himpunkan Pelbagai Vendor Yang Kreatif & Unik

by Phic ARMAN
September 26, 2022
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Sepanjang bulan September ini rakyat Malaysia masih terus bersemangat tinggi meraikan Hari 1 Malaysia iaitu pada 16 September. Banyak perkara yang membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia; kita kaya dalam budaya, kita berbangga dengan kejayaan wira-wira negara dan tidak lupa, cinta kita terhadap makanan!

Rakyat Malaysia dan makanan mereka tidak boleh berpisah, tidak kira di mana kita berada. Sempena Hari Malaysia ini, MURAI meraikan makanan kegemaran Malaysia.

MURAI Malaysia memperkenalkan FESTIVAL NASI LEMAK buat julung kalinya. Matlamat program ini untuk menjadikan makanan sebagai satu medium untuk menyatupadukan kepelbagaian bangsa di Malaysia. Sedar atau tidak, Nasi lemak sebenarnya merupakan hidangan harian dan pilihan kegemaran seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Program berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 5 petang telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.

Ameer berkata, pihaknya menyambut baik idea kreatif dan unik dalam usaha menyatupadukan rakyat Malaysia melalui makanan.

“Tahniah kepada penganjur yang kreatif dan patriotik dalam mengekalkan khazanah Malaysia dan menghargai warisan serta secara tidak langsung menjadi medium dalam mengukuhkan semangat perpaduan kaum.

“Saya berharap inisiatif murni ini berterusan dan konsisten sepanjang tahun serta bakal melibatkan lebih ramai lagi usahawan nasi lemak menyertai program ini,” katanya.

Mengumpulkan 8 vendor nasi lemak terbaik dari sekitar Kuala Lumpur & Selangor

FESTIVAL NASI LEMAK yang berlangsung di MYDIN Subang Jaya ini berjaya mengumpulkan 8 vendor nasi lemak terbaik dari seluruh negara di bawah satu bumbung.

Antara vendor nasi lemak terkemuka yang terlibat ialah Ready To Eat (RTE) MYDIN, The Ganga Cafe (Nasi Lemak Vegetarian), Cake Together (Nasi Lemak Cake), Nasi Lemak Zara (Sushi Nasi Lemak), Nasi Lemak Angah, Empire Nasi Lemak, Nasi Lemak Kantin dan Suri Nasi Lemak Panas 223 .

 

Antara vendor yang menyertai Festival Nasi Lemak 2022 , Nasi Lemak Kantin
Antara vendor yang menyertai Festival Nasi Lemak 2022 , Nasi Lemak Angah
Antara vendor yang menyertai Festival Nasi Lemak 2022 , Zara Sushi
Antara vendor yang menyertai Festival Nasi Lemak 2022 , Empire Nasi Lemak

Menurut penganjur acara yang juga ketua pengarang, MURAI, Shahful Shaffiq, buat julung kalinya mereka mengadakan festival ini dan mendapat sambutan yang baik dari para peniaga nasi lemak terkemuka dari seluruh negara yang dinilai sebelum dipilih bagi menyertai acara tahun ini.

“Acara ini bertujuan mempromosikan produk pengusaha nasi lemak yang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri kepada orang ramai. Dalam masa yang sama ia bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai nasi lemak yang terkenal di seluruh Kuala Lumpur di bawah satu bumbung,”

Persembahan eksklusif dari penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Aisha Retno

Selain dikunjungi rakyat tempatan, acara ini juga mampu menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk mencuba sendiri keunikan setiap nasi lemak yang ada di sini.
Terdapat juga pelbagai aktiviti khas diadakan buat pengunjung, antaranya demo masakan dari Juara MasterChef Malaysia musim pertama pada 2012, Dr Ezani Farhana Md Monoto. Terdapat juga persembahan eksklusif dari penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Aisha Retno.

Acara ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin merupakan Pengarah Urusan Mydin dan sekaligus merasmikan Festival Nasi Lemak untuk tahun 2022.

Penaja Utama Festival Nasi Lemak 2022, KOKOMO
Penaja Utama Festival Nasi Lemak 2022, SUNQUICK
Penaja Utama Festival Nasi Lemak 2022, MAHSURI
Penaja Utama Festival Nasi Lemak 2022, VICO
Barisan Penaja Utama Festival Nasi Lemak 2022 bersama Chef, Dr Ezani Monoto

Lokasi FESTIVAL NASI LEMAK ditaja oleh Mydin Malaysia dan disertai KOKOMO, Vico, Mahsuri dan Sunquick sebagai penaja utama. Festival ini juga mendapat sokongan oleh Cake Together, Hexa, Sugarbomb, BOH dan Stoika.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Share4Tweet3SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Bollywood

Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

by Aphit J.
June 4, 2023
Lokal

Perlekeh Pemilik Bukan ‘Supercar’, Tunku Putera Johor Tampil Beri Pesanan Buat Suami Fatin Afeefa?

by Aphit J.
June 4, 2023
Lokal

Dikecam Seolah Menghina Pemakaian Patuh Syariah, Netizen Tampil ‘Back up’ Ryzal Ibrahim

by Aphit J.
June 4, 2023
Lokal

Gelekan Baby Shima Dan Aliff Syukri Undang Kecaman -‘Dulu Menyesal Fikir Nak Mati, Sekarang Tak Jadi Mati Ke?’

by Aphit J.
June 4, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan