Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Siapa Sangka, Dulu Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap Ke Indonesia

by Phic ARMAN
September 27, 2022
Share on Facebook

Jenama SugarBomb kini mengorak langkah lebih jauh selepas Jenama wangian terkenal melebarkan sayapnya ke ke Surabaya, Indonesia. Pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli atau Boss A bersama lima orang lagi wakil rombongan dilihat negara jiran itu, dan telah menarik perhatian netizen.

Perbincangan mengenai kerjasama dua hala antara J99 Corp dan SugarBomb

Bayangan bakal membuka cawangan pertama di Surabaya

Ia termasuklah bayangan jenama berkenaan bakal membuka cawangan pertama di Surabaya tidak lama lagi. Seperti video dimuat naik di laman sosialnya, Boss A teruja menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemilik syarikat pelbagai cabang perniagaan di Indonesia iaitu J99 Corp, Gilang Widya Pramana atau lebih dikenali dengan nama Juragan sebagai perintis jalan usaha dipanjangkan.

Pemilik empayar J99 Corp, Gilang Widya Pramana atau Juragan

“Terima kasih team J99Corp dan Mas Juragan kerana menerima kunjungan kami ke kilang mereka.

“Doakan kerjasama dua negara antara Malaysia dan Indonesia ini terjalin dan berjaya. Amin,” tulisnya di IG dan TikTok.

Bagaimanapun pihak media dilaporkan akan terus mencuba mendapatkan keterangan lanjut Boss A terhadap usaha dimaksudkan ini.

Malah entri dimuatnaik Boss A di laman Instagram (IG) dan akaun TikTok miliknya Sabtu lalu juga pantas diasak dengan pelbagai andaian dan permintaan ramai termasuk warga seberang.

View this post on Instagram

A post shared by Bos A SugarBomb (@ayieesb)

Meneliti entri dimuat naik di IG milik Boss A, dia juga pantas diminta untuk berkongsi berkenaan tips berjaya dalam perniagaan oleh beberapa pengikutnya dari negara seberang kerana dirinya sudah tidak asing lagi dikenali sebagai antara usahawan muda yang menjadi inspirasi kepada banyak pihak diluar sana.

Sebagai negara serumpun, Boss A dan rangkaian perniagannya sendiri memahami situasi warga Indonesia yang sentiasa menantikan peluang pekerjaan untuk kelangsungan hidup selain sokongan positif kepada rakyat Malaysia dalam apa jua kerjasama terutamanya sektor ekonomi.

Diiring doa dan misi membawa jenama itu terus bangkit termasuk di negara republik berkenaan, tanda pagar #PastiBisa yang digunakan oleh usahawan popular itu menerusi muat naik IG Story miliknya seolah-olah memberi isyarat bahawa jenama ini akan membuat lebih banyak kejutan di Surabaya tidak lama lagi.

Orang kuat SugarBomb, Boss A atau nama penuhnya, Ahmad Azhari Rosli

Bakal Mengeluarkan Banyak Produk Lain

Bukan sahaja produk minyak wangi, SugarBomb juga turut rancak mengeluarkan beberapa produk lain seperti sanitasi tangan serta penyegar udara.

Malah, Oktober ini pula SugarBomb nampaknya mula berani untuk mengeluarkan produk dengan konsep baru yang pastinya mempunyai nilai komersial dan eksklusiviti tersendiri.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh jenama ini sewajarnya dijadikan inspirasi kepada orang ramai khususnya para usahawan muda.

Tidak ada kejayaan yang mengkhianati usaha. Lalu usaha Boss A. ini akan sentiasa tampil membantu menyediakan peluang pekerjaan dan melakar sejarah kejayaan menerusi produk SugarBomb seiring dengan kiblat jenama ini iaitu untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia dengan menawarkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang lumayan untuk rakyat Malaysia ke arah ekonomi mampan dan kukuh.

Bermula Dari Belakang Rumah

Perniagaan jenama wangian ini juga cukup menginspirasikan kerana asalnya hanya bermula dari ruangan pejabat kecil belakang rumah di Shah Alam, dan seterusnya sudah mampu memiliki kilang dan gudang wangian berkeluasan 1.21 hektar atau 3.0 ekar di Meru, Klang.

Jenama di bawah SugarBomb Worldwide Sdn Bhd itu yang beribu pejabat di Bandar Bukit Raja, Klang itu bertapak pada tahun 2017 dan mempunyai 200 pekerja.

Baru-baru ini jenama itu merasmikan produk baharunya di laman rasmi IG mereka berkonsepkan ‘Pinktober’ beserta tanda pagar #SUGARBOMBCAREFORYOU.

Ahmad Azhari RosliSugarBomb
https://lomp.at/2u30l
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara