Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Bad Indigo Mengaku Tak Jujur Dari Awal, Mohon Maaf Kepada Ashira & Keluarga

Penyanyi Bad Indigo tampil memberi penjelasan tentang situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya bersama Ashira hingga berlaku penceraian.

by Arsiqin Yusof
October 3, 2022
199
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Bad Indigo tampil memberi penjelasan tentang situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya bersama Ashira hingga berlaku penceraian.

Bukan Sebab Orang Ketiga

Menurut Bad, dirinya adalah punca kerana tidak berlaku jujur dengan Ashira sejak dari mula tentang penyakit yang dihidapinya.

“Saya nak cakap pasal saya dan Ashira. Masih ramai yang tak puas hati tentang perpisahan kami kerana tak terbongkar cerita kenapa kami berpisah.

“Ashira tak henti dimaki oleh netizen di media sosial, ada yang cakap dia tinggalkan suami dia sebab dah kudung tangan atau kaki, apa benda semua ni? Kalau tak ada benda elok nak cakap jangan bercakap, itu memang satu dosa besar, korang memang tak takut dosa ya?

“Saya selama ini memang diam, tapi teruk sangat korang hentam-hentam dia (Ashira) dalam DM, media sosial. Nak tahu sangat kenapa kami berpisah, bukan salah dia, salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia, bukan pasal orang ketiga, tapi saya tak jujur tentang sakit-sakit yang saya ada, saya tak faham dengan penyakit yang saya ada. Bila dah bernikah, baru saya tahu betapa teruknya sakit itu. Jadi, tak adil untuk Ashira kerana saya tak jujur dengan dia kerana dulu saya takut saya kehilangan dia.

“Itu salah saya, patutnya saya percaya dan yakin dengan dia, tapi saya sendiri yang pentingkan diri masa itu. Tapi akhirnya kami tetap berpisah juga. Bila kita tak jujur dengan orang yang kita sayang, dia akan hilang kepercayaan dekat kita. Itu silap besar saya, Ashira jadi mangsa, bukan salah dia, boleh faham tak? Ianya berpunca daripada kesalahan saya yang tak jujur dengan dia,” katanya yang meminta netizen berhenti untuk terus menghentam bekas isterinya itu.

Ashira & Keluarga Terima Kesan

Dalam pada itu, Bad turut memohon maaf secara terbuka kepada Ashira dan ahli keluarganya atas kesan yang diterima susulan perpisahan mereka.

“Saya mohon ampun kepada Ashira dan keluarga tentang apa yang berlaku dan yang sedang berlaku sekarang, trauma yang mereka terima dan caci maki daripada orang ramai. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya tidak berniat begitu.

“Saya rasa saya kena bercakap begini agar orang ramai tahu, tolong kongsi posting saya ini kepada orang ramai lagi agar mereka tahu tentang apa yang berlaku pada hubungan kami,” katanya lagi.

https://www.instagram.com/p/CjNc1jFpaMA/

Baru-baru ini, Ashira dikecam teruk selepas berkongsi foto bersama seorang lelaki yang dipercayai kenalan zaman remajanya.

Ekoran isu itu, terdapat segelintir pihak melontarkan tomahan terhadap Ashira kerana dikatakan meninggalkan bekas suaminya menanggung kesakitan seorang diri.

Terdahulu, Bad dan Ashira berkahwin pada 11 Mac 2021 selepas mereka menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh.

Namun rumah tangga mereka menemui titik noktah tahun ini, perkara itu diumumkan menerusi video di Instagram pada 23 Jun lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
AshiraBad Indigo
https://lomp.at/gz1zg
Share80Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem