Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

‘Muda Mudi Weekend Fest’ Difitnah? Netizen Kongsi Suasana Waktu Maghrib…

Netizen berpendapat festival berkenaan difitnah dan dipolitikkan oleh segelintir pihak

by Puteri Alia
October 5, 2022
via Twitter Topanesta/Artikah Mohd Ali

via Twitter Topanesta/Artikah Mohd Ali

Share on Facebook

Tular baru-baru ini program ‘Muda Mudi Weekend Fest‘ yang berlangsung di Balai Seni Alor Setar, Kedah didakwa mengadakan konsert pada waktu maghrib. Ia kemudian menjadi bualan panas di media sosial kerana ada pihak mengatakan terdapat pengunjung program itu berkelakuan luar tatasusila.

Apatah lagi lokasi festival berkenaan diadakan berhampiran dengan Masjid Zahir dan juga pejabat Agama Islam, lalu mengundang pelbagai respon kurang senang segelintir pihak.

Kerana Politik, Program Difitnah?

Menerusi tinjauan Murai MY di laman Twitter, ciapan milik @Topanesta ini mencuri perhatian warganet kerana bersuara tentang isu ‘Muda Mudi Weekend Fest’.

Berdasarkan ciapan yang dimuatnaik, individu yang juga merupakan peniaga yang berniaga di festival berkenaan berkongsi pendapat bahawa isu yang tular ini didakwa ada kaitan dengan perang politik di negeri Darul Aman itu.

“Yang fitnah konsert dia orang buat waktu maghrib. Fitnah konsert depan masjid. Fitnah yang mosh mabuk hisap dadah. Terima kasih! Sebab kau orang program dekat Kedah semua batal.”

“Puas hati kau orang lah kan, kita orang yang meniaga dekat program ni semua tak dapat meniaga sebab fitnah kau orang tu. Lagi-lagi puak yang politikkan benda ni.” Ciapnya

via Twitter Topanesta

Suasana Sepi Waktu Maghrib?

Ciapan dari individu ini mendapat pelbagai reaksi dan respon pengguna media sosial, namun terdapat satu ciapan milik @artikahmohdali yang menarik perhatian lensa Murai.

Di mana pemilik ciapan ini memuatnaik video yang dirakamnya pada waktu maghrib semasa menghadiri program berkenaan. Berdasarkan video dan gambar yang dikongsinya, suasana ketika maghrib di kawasan pentas tiada orang serta senyap sunyi.

“Aku ada rekod, masa ni maghrib. Memang senyap sunyi. Depan masjid katanya? Jauh mana hala. Dok persoal tengok peta. Lol orang Kedah ja tahu jarak jauh tak jauh program tu. Konsert tu malam akhir ja, tu pun lewat malam dah. Selebihnya cuma festival kopi macam pasar kopi sehari tapi besar.” Ciapnya

via Twitter Artikah Mohd Ali

Sekadar info, gara-gara isu ini Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang konsert hiburan yang mengundang kelakuan masalah tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh negeri Kedah.

Tuduh Malaysia Curi Budaya Sukan Pacu Jalur, Media Indonesia Membuat Cerita?
fitnahMuda Mudi Weekend Fest
https://lomp.at/kve9j
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore