Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

“Clingy S*al” – Parkir Kereta Terlalu Rapat, Netizen Kecam Sikap Pemandu?

Cara pemandu kenderaan tersebut parkir kereta mendapat pelbagai respon dan reaksi netizen

by Puteri Alia
October 6, 2022
via Twitter Paultantk

via Twitter Paultantk

54
KONGSIAN
Share on Facebook

Masalah pemilik kereta parkir tidak berhemah sering berlaku di mana-mana sahaja, seolah-olah individu berkenaan menganggap seluruh lot tempat letak kenderaan itu dimiliki mereka tanpa memikirkan pemandu yang lain.

Parkir Terlalu Rapat

Baru-baru ini Murai MY meninjau di laman Twitter dan mendapati ciapan milik @paultantk  menarik perhatian warga media sosial kerana memuat naik gambar di tempat letak kereta.

Melihat perkongsian berkenaan, pemilik kereta jenis Perodua Alza telah meletakkan kenderaannya dalam petak parkir. Namun kenderaan tersebut terlalu rapat dengan kereta jenis Volkswagen milik pemilik Twitter ini.

“Semasa saya parkir sebentar tadi, tempat letak kereta sebelah saya ini kosong. Kenapa?” Ciapnya

via Twitter Paultantk

Sudahlah parkir terlalu rapat, malah berdasarkan gambar yang dikongsikan ini, bahagian tempat letak kenderaan kereta Alza ini masih memiliki ruang yang luas.

via Twitter Paultantk

Pentingkan Diri Sendiri?

Ciapan ini kemudian mendapat perhatian warga Twitter dan mencetuskan perbualan yang panas dalam kalangan mereka. Rata-ratanya menganggap sikap pemilik kereta Alza berkenaan seorang yang mementingkan diri dan ada juga memberi pelbagai pandangan berbeza.

“Kejadian seperti ini dah banyak kali saya lalui sampai tak terkira. Mungkin cuma nasib saya tak baik, bila soal parkir. Sebab walau macam mana besar ruang saya beri untuk tempat letak kereta di sebelah saya, mereka seperti mahu ‘menempel’ dekat kereta saya.”

“Pemalas + Pentingkan diri”

“Clingy s*al”

“Pemandu jenis ni yang buat aku pening. Sejenis buka pintu seluas dahi jendul dia. Calar kereta orang sebelah ??‍♂️.” Ciap mereka

via Twitter

“Dia takut nak duduk jauh-jauh kot.”

“Hm. Dia takut lah tu parkir tepi. Tu nak rapat-rapat, rasa selamat sikit ?.”

“Pemilik Alza tu ingat dia pandu Maybach 600 Pullman kot ?.”

“Jenis pemalas nak betulkan kereta dia. Masuk sekali satu bahagian sahaja.” Ciap mereka lagi

via Twitter

Masalah seperti ini sering berlaku, ia boleh ditangani jika pemandu bersikap bertimbang rasa dan berhemah, bukan saja di jalanraya tetapi di tempat parkir juga.

Apa pandangan anda tentang hal ini, kongsikan bersama Murai MY.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
keretaParkingpemanduSikap
https://lomp.at/mvevx
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem