Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Petisyen Telah Dibuka! Ajunee Kaur Sepatutnya Dinobatkan Sebagai Miss Universe Malaysia 2022?

by Zaidin Albert
October 10, 2022
191
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika rakyat Malaysia meraikan kemenangan Lesley Cheam yang dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2022, terdapat juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Lesley mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2022 di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat, pada 14 Januari tahun depan.

VIA IG Lesley Cheam

Berikutan daripada keputusan tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati di atas kemenangan yang diraih oleh Lesley. Pemenang tempat kedua iaitu Ajunee Kaur lebih layak merangkul gelaran tersebut dan mewakili Malaysia ke peringkat seterusnya. Jelas netizen, perwatakan Ajunee dikatakan lebih menarik untuk membawa imej Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Petisyen telah dibuat

Dalam pada itu, sebuah petisyen telah dibuat oleh sebuah organisasi bernama Malaysian Pageant Lovers bagi mendapatkan sokongan dari rakyat Malaysia, sekaligus menobatkan Ajunee sebagai Miss Universe Malaysia 2022.

Dalam petisyen itu, mereka menulis;

“dia di ROMPAK! Dia diletakkan sebagai tempat kedua dan Malaysian Pageant Lovers terkejut dengan keputusan itu! Kami mahu organisasi mendengar suara Malaysian Pageant Lovers kerana kami fikir Ajunee adalah Pemenang yang sebenar!

Ajunee Kaur adalah tokoh terbaik untuk menjadi MUM 2022.”- tulis di ruangan keterangan.

Petisyen bermula pada Sabtu yang lalu itu menyasarkan 1,000 rakyat Malaysia dan setakat jam 2 petang Isnin, petisyen berkenaan meraih sebanyak 832 tandatangan.

Salah seorang yang menandatangani petisyen itu berkata, keselamatan anak-anak adalah paling penting pada masa ini.

“Melihat kepada prestasi keseluruhan dan seorang gadis yang bijak. Dia telah memenangi hati masyarakat Malaysia, dia layak mewakili Malaysia” tulis Yuen Ravy.

Untuk info, Lesley atau nama sebenarnya Lesley Cheam Wei Yeng yang berasal dari Selangor menewaskan 12 peserta lain selepas juri sebulat suara memberikan kemenangan kepadanya dalam acara yang berlangsung di sebuah hotel di Bukit Kiara, pada 7 Oktober yang lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ajunee Kaurmiss malaysiaMUMO
https://lomp.at/c3cxm
Share76Tweet48SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem