Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Viral

“Bab Duit Nanti Boleh Jadi Gaduh” – Peguam Ini Pesan Buat Surat Perjanjian Sebelum Beri Pinjaman

Peguam ini menasihati masyarakat agar sediakan surat perjanjian terlebih dahulu sebelum memberi pinjaman

by Mas Ayu
October 11, 2022
via Ingstagram/Twitter Tatty Hassan

via Ingstagram/Twitter Tatty Hassan

44
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu pinjam meminjam sering membuatkan hubungan antara manusia boleh menjadi renggang gara-gara sikap tidak bertanggungjawab dan sambil lewa si peminjam dalam melangsaikan hutang mereka.

Surat Perjanjian Mesra Pinjaman

Baru ini Murai MY menjengah ke media sosial, di mana perkongsian milik Tatty Hassan yang menyentuh soal pinjaman wang menerusi hantarannya di Instagram dan juga Twitter mendapat perhatian warganet dan juga lensa Murai.

Peguam perundangan bernama Umi Izzati Hassan ini memberi pesanan di media sosialnya, di mana dia menasihati masyarakat agar membuat surat perjanjian sebelum memberi pinjam wang kepada ahli keluarga mahupun kawan-kawan.

Menurut peguam ini, surat perjanjian pinjaman perlu dilakukan apatah lagi soal berkaitan dengan wang boleh membuatkan hubungan renggang dan bergaduh.

“Kawan-kawan/keluarga nak pinjam duit 4 5 6 angka, buat lah perjanjian mesra pinjaman ya. Walaupun rapat macam mana pun. Bab duit nanti boleh jadi gaduh.” Tulisnya di Instagram

“Baik macam mana pun dengan kawan/ahli keluarga, kalau bab duit tolong lah buat perjanjian mesra pinjaman ya.” Ciapnya di Twitter

via Instagram/Twitter Tatty Hassan

Netizen Setuju Perlu Ada Rekod

Perkongsian Tatty di laman Twitter nya mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dinasihati oleh peguam perundangan tersebut.

“Setuju sangat, mahu minta balik duit jadi tak sedap sebab kawan.”

“Setuju. Bila ada perjanjian, senang di kemudian hari terutama sekali bila berlaku pertikaian.”

“Allah menyuruh kita supaya membuat rekod atau perjanjian ketika membuat hutang.” Ciap warganet

via Twitter

“Setuju, selalunya duit nilai besar memang buat perjanjian.”

“Benar Tatty. Dalam Islam pun menganjurkan macam tu. Ada bukti bertulis apabila urusan hutang. Boleh rujuk dalam surah Al-Baqarah : 282.”

“Yang ni bagus. Tak sangka pinjaman tidak rasmi boleh buat perjanjian seperti ini. Pengetahuan baru dibuka hari ini!” Ciap mereka

via Twitter

Bukan boleh buat main soal hutang piutang ni, Murai MY kongsikan sedikit sepotong ayat dari surah Al-Baqarah ayat 282 yang diambil menerusi laman sesawang rasmi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).” Surah al-Baqarah:282)

Pentingnya individu yang memberi pinjaman membuat rekod dan mereka yang berhutang pula perlulah menepati janji dalam melunaskan pinjaman yang diberi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: hutangPinjamanSurat PerjanjianTatty Hassan
Share18Tweet11SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Terkejut Tengok Sosej Dari Zus Coffee Dah Berkulat, Pelanggan Seriau- “Nasib Tak Tumbuh Cendawan Guys”
Selera

Terkejut Tengok Sosej Dari Zus Coffee Dah Berkulat, Pelanggan Seriau- “Nasib Tak Tumbuh Cendawan Guys”

by Phic ARMAN
February 3, 2023
[VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”
Personaliti

[VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?
Jalan-Jalan

Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?
Selebriti

Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?

by Mas Ayu
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan