Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Pasti Semua Ibu Kasih & Cintakan Anak Mereka” – Akhirnya Neelofa Dedah Wajah Anak

by Arsiqin Yusof
October 13, 2022
72
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah hampir 10 bulan tidak menunjukkan muka anaknya, selebriti terkenal Neelofa akhirnya mendedahkan wajah bayi comel yang bernama Muhammad Bilal itu malam ini.

Gabungan Foto

Neelofa yang juga usahawan berjaya itu berkongsi gabungan beberapa foto Bilal dalam sebuah video di Instagram dan TikTok miliknya.

“Cinta dan sayang pada anakku Bilal.

“Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini…

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil,” coret Neelofa sebagai kapsyen.

Kurniaan Yang Sangat Berharga

Dalam pada itu, Neelofa juga mengatakan bahawa Bilal adalah kurniaan daripada Allah yang sangat berharga untuk dirinya dan suami, Haris Ismail.

“Bilal anak ummi sayang..Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah. Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku, syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tidak lama sebelum ini, Neelofa meluahkan rasa terkilan dengan netizen yang menyebarkan wajah anaknya di TikTok selain tersinggung dengan tindakan individu yang menyunting wajah anaknya mengikut kehendak sendiri.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan ini menimang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/kkrnm
Share29Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem