Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Vietjet Lancar Penerbangan Bersejarah Menghubungkan Vietnam dan Kazakhstan

by Phic ARMAN
October 17, 2022
Share on Facebook

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 jalinan hubungan diplomatik antara negara Vietnam dan Kazakhstan, Vietjet telah mengumumkan penerbangan terus yang menghubungkan bandar raya terbesar Kazakhstan, Almaty dengan bandar Nha Trang– destinasi pelancongan Vietnam.

Penambahan penerbangan baharu dalam rangkaian penerbangan Vietjet yang meluas ini adalah tepat pada masanya, kerana ia memperingati hubungan diplomatik yang kukuh antara Vietnam dan Kazakhstan dan bakal mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara itu.

Majlis pengumuman tersebut telah diserikan oleh kehadiran Vo Thi Anh Xuan, timbalan presiden Republik Socialis Vietnam, pemimpin-pemimpin dari kerajaan Kazakhstan dan pegawai- pegawai kanan dari kedua-dua negara. Perkhidmatan penerbangan dua kali seminggu ini bakal bermula pada bulan Oktober ini dengan masa penerbangan kira-kira 9 jam sehala.

“Dengan adanya rangkaian penerbangan baharu ini yang menghubungkan Kazakhstan dan negara-negara serantau lain dengan Vietnam, kami yakin ia akan meningkatkan pertumbuhan utama dalam sektor ekonomi, perdagangan dan pelancongan antara Vietnam dan Kazakhstan, termasuk negara-negara lain di rantau itu.

Laluan penerbangan ini akan dikendalikan oleh Vietjet dengan menggunakan pesawat moden berbadan lebar A330 yang dilengkapi dengan produk, perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik untuk memenuhi keperluan penumpang untuk tujuan liburan dan perniagaan,” kata Chu Viet Cuong, Naib Presiden dan ahli Lembaga Pengarah Vietjet dalam majlis tersebut.

Kazakhstan, Almaty terkenal sebagai pusat tarikan pelancong

View this post on Instagram

A post shared by Алматы | Almaty (@almaty_city)

Sebagai bandar raya terbesar serta merupakan pusat kewangan dan kebudayaan Kazakhstan, Almaty terkenal sebagai pusat tarikan pelancong. Para pelawat ke Almaty boleh menikmati ketenangan di kawasan dataran dan juga pergunungan yang terkenal dengan pemandangan yang hebat. Tidak melupakan juga seni bina moden dan juga jalan-jalan sibuk yang mana pelawat ke negara ini boleh menjamu mata di tempat-tempat kebudayaan, kesenian unik dan juga landskap
semula jadi yang indah.

Dengan iklim yang sederhana dan sinaran matahari sepanjang tahun, Nha Trang pula telah lama menjadi destinasi pilihan percutian dalam kalangan pelancong dari serata dunia untuk menikmati cuaca tropika, pantai yang indah dan pelbagai makanan yang unik di bandar ini.

Vietjet sentiasa berusaha untuk pulih dengan pantas daripada impak Covid-19 dan juga telah memacu pengembangan rangkaian penerbangannya di dalam dan ke luar negara.

Tindakan yang pantas ini bertujuan untuk membantu memulihkan sektor pelancongan Vietnam dengan mempromosi destinasi dan laluan penerbangan baharu. Setakat hari ini, Vietjet telah melebarkan sayapnya ke India, Jepun, Korea Selatan, Kazakhstan, dan bakal memperkenalkan Eropah dan Australia ke dalam senarai destinasi penerbangannya tidak lama lagi.

Laluan penerbangan terus telah berjaya meningkatkan pertukaran ekonomi, kebudayaan, dan sosial antara negara, yang telah memainkan peranan yang penting dalam proses pemulihan pasca-pandemik negara tersebut.

Pesawat-pesawat Vietjet yang moden mencerminkan imej bendera kebangsaan Vietnam dan juga irama Hello Vietnam, sebuah lagu yang telah menjadi popular di kalangan rakan-rakan Vietjet dari serata dunia. Lagu ini mengirimkan satu pesanan kepada dunia, mengalu-alukan kehadiran mereka ke Vietnam, sebuah negara yang indah, ramah dan mesra untuk dikunjungi.

Untuk tempahan penerbangan, anda boleh ke laman seswang rasmi mereka di Vietjet.

AlmatyKazakhstanNha TrangVo Thi Anh Xuan
https://lomp.at/5ctvp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara