Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Bukan Biasa-Biasa! Episod Istimewa Gelanggang Raja Lawak #Alumni Nobat Dua Juara

by Arsiqin Yusof
October 21, 2022
233
KONGSIAN
Share on Facebook

Episod istimewa Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni pada malam Rabu baru-baru ini ternyata berlangsung dengan meriah.

Lebih mengejutkan adalah, dua kumpulan duo iaitu gandingan Mamak dan Abu Mamu serta gabungan Mamat Sepah dan Amir (Amirreka) diumum sebagai juara, dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli meluahkan rasa puas hati dengan kelainan yang ditonjolkan pihak produksi dalam episod istimewa tersebut.

“Keputusan pihak produksi untuk membuat kelainan dengan membawakan episod istimewa ‘Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni’ pada malam tadi (Rabu, 19 Oktober 2022) ternyata berhasil apabila berjaya merekodkan jumlah tontonan tertinggi untuk musim ini iaitu sebanyak hampir 2 juta. Strategi untuk menampilkan pemain komedi senior yang terlebih dahulu beraksi di pentas Raja Lawak di musim-musim sebelum ini ternyata berkesan, menghiburkan dan pada masa yang sama berjaya menggamit memori serta membawa penonton mengimbau kembali kenangan zaman kegemilangan program komedi popular ini yang pertama kali diterbitkan pada tahun 2007.

“Sejujurnya, keputusan untuk membawakan kembali barisan alumni Raja Lawak ini dibuat selepas melihat kepada sambutan yang diberikan penonton apabila pihak produksi buat julung kalinya menampilkan mereka dalam persembahan peserta pada minggu sebelum ini iaitu minggu enam dengan tema ‘Sejarah / Kenangan’. Rata-rata audiens termasuklah di kalangan warga netizen menyatakan hasrat masing-masing untuk melihat penglibatan lebih ramai alumni di minggu-minggu seterusnya yang mana secara tidak langsung bertindak sebagai pembakar semangat dan sumber inspirasi kepada setiap peserta yang bertanding pada musim ini. Ia terbukti apabila kesemua 9 peserta yang membuat persembahan pada minggu lalu berjaya menampilkan persaingan yang sengit dan masingmasing mendapat tanda ‘3 UP’ dari Khir Rahman, Ayda Jebat dan Saiful Apek selaku juri tetap seterusnya memberi indikasi bahawa persembahan yang dibawakan berjaya memenangi hati penonton.

“Dalam pada itu, kami merasakan, menerusi persembahan hebat kesemua 8 kumpulan alumni (duo & trio) semalam, para peserta boleh mengambil tip, menjadikannya rujukan dan panduan untuk mempersiapkan diri masing-masing dengan sketsa komedi yang lebih mantap untuk dipersembahkan di tiga minggu terakhir mereka ini. Ribuan penghargaan diucapkan kepada pemain komedi kita semalam yang terdiri dari peserta Raja Lawak musim 1 hingga 7, Mamak, Mamat Sepah, Amir, Abu Mamu, Man Raja Lawak, Caca Dboss, Ilham, Wan Wala, Achok, Chot, Pak Cu, Che Mat, Faiz, Kijat Kintan, Atan Kintan, Momo Okay, Yim Okay, Ajoe Mamu dan Idlan di atas persembahan terpadu mereka,” katanya.

“Gelanggang Raja Lawak #Alumni” beri kejutan apabila mengumumkan kemenangan dua peserta terbaik (gandingan duo), yang mana masing-masing membawa pulang hadiah kemenangan RM10,000 (gabungan Amir & Mamat, Mamak dan Abu Mamu)

Kejutan Berganda

Mengulas tentang kemenangan dua juara yang dinobatkan, Ezzan menyifatkan perkara itu sebagai kejutan berganda selain episod istimewa itu sendiri yang tidak dijangka ramai sebelum ini.

“Kejutan berganda apabila pihak produksi mengumumkan kemenangan dua kumpulan peserta terbaik yang mana masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 setiap kumpulan. Gandingan sulung Mamak dan Abu Mamu yang membawakan sketsa ‘Mat Kilau’ berjaya membuatkan studio gamat dengan gelak ketawa. Keberanian Mamak dan Abu Mamu berlari mendekati juri tetap, Khir Rahman sambil melontarkan lawak spontan yang disambut selamba beliau, memecahkan lagi gelak penonton! Pada masa yang sama, gabungan duo Mamat Sepah dan Amir (Amirreka) juga tidak mengecewakan apabila masing-masing membawa penonton mengimbau kembali kenangan beraksi di pentas Raja Lawak.

“Permainan emosi yang diangkat Mamat dan Amir dalam sketsa mereka; dari gelak tawa ke situasi menyentuh hati menerusi kisah perjalanan masingmasing untuk menjadi seorang pelawak ternyata berjaya memenangi hati juri dan penonton. Justeru, kedudukan mereka sebagai dua peserta teratas dengan markah seri 86% tidak boleh disangkal lagi. Kedua-dua pihak produksi dan barisan juri tetap yang masing-masing bertanggungjawab memegang pemarkahan sebanyak 50% sebulat suara bersetuju mengangkat kedua-dua kumpulan duo ini sebagai pemenang terbaik episod istimewa ‘Gelanggang Raja Lawak #Alumni’ yang berlangsung semalam. Ini juga merupakan gabungan sulung di antara Mamat dan Amir. Ternyata percaturan ini menjadi kerana ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua. Masingmasing turut sama teruja dengan gandingan ini,” katanya lagi.

Suku Akhir Minggu Hadapan

Mengulas mengenai persembahan minggu suku akhir yang akan berlangsung pada hari Rabu hadapan (26 Oktober), Datin Ezzan berkata;

“Saya yakin, selepas menyaksikan persembahan abangabang senior mereka beraksi di pentas ‘Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni’ malam tadi, semangat kesemua 9 peserta musim ini akan lebih berkobar-kobar dan menyala, justeru harapan saya agar sketsa dan persembahan yang mereka bakal tampilkan akan jadi lebih mantap dan padu. Dengan tema tugasan, ‘Spoof / Parodi’, kita dapat bayangkan peserta tampil dengan efek komik yang lebih segar, penuh kreatif, dengan imitasi karakter yang pelbagai dan disulami pula dengan elemen kejutan.

“Saya pasti, dengan rekod jumlah tontonan sebanyak 18 juta setakat hari ini, selepas tujuh minggu bersiaran, sudah pasti penonton mendambakan kelainan untuk tiga edisi terakhir Awesome Raja Lawak musim ini. Besar harapan kami agar taruhan minggu ini dan berikutnya dapat terus memenangi hati penonton sekaligus mengekalkan momentum tontonan dan terus menjadi program realiti popular pilihan rakyat Malaysia. Teruskan menonton ‘Awesome Raja Lawak’, bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Awesome TV, saluran Astro (123) dan MyTV (112) dan siaran ulangan pada setiap hari Ahad, 6.00 petang,” katanya menutup bicara.

Awesome Raja Lawak
https://lomp.at/l76cl
Share93Tweet58SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

by Aphit J.
July 12, 2025

Semua sedia maklum bahawa semenjak dua menjak ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyyan sering...

Read more
Lokal

Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai Konsert – Beri Gambaran Artis Legenda Yang Serangnya

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert, Nama Amy Search, Awie dan Ella Jadi Bualan Netizen

Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Dalam suasana penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rindu...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tiada siapa menyangka, di sebalik senyuman dan momen indah yang pernah dikongsi bersama, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

Comelnya hubungan mak dan anak ini! Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)
Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Lokal

Ummi Nazeera Menari Di TikTok, Lain Pula Yang Netizen ‘Cemburu’?

Pelakon, Ummi Nazeera kembali menghiburkan peminat di media sosial dengan perangai 'random' selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
July 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Remy Ishak Melepas Rindu Di Airport, Netizen Terharu!

Perkongsian isteri kepada aktor Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelaki mereka, Tuah Alam...

Read more
by Naddy Joe
July 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  5. 5

    Ini Reaksi P Diddy Setelah Terlepas dari Dakwaan Perdagangan S*ks

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem