Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Seorang Gangster Terpaksa Jaga Dua Anak? Semuanya Dalam Filem Daddyku Gangster

by Arsiqin Yusof
October 27, 2022
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Boleh dikatakan naskah yang mengangkat kisah tentang gangstarisme sudah banyak dihasilkan oleh pembikin-pembikin filem tempatan.

Filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam.

Melihat kepada situasi berkenaan, syarikat produksi D’Ayu Pictures Sdn. Bhd. turut tampil dengan sebuah filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim.

Penerbitnya, Dato’ Rosmarayu Mokhtar berkata, naskah filem berkenaan boleh memberikan kepuasan kepada penonton dengan jalan cerita yang cukup menarik.

“Idea untuk mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa yang meninggal dunia.

“Selain itu, saya juga mendapat inspirasi daripada filem Hollywood iaitu Fast And Furios 8, di mana ia turut menerapkan elemen kekeluargaan, meskipun ia sarat dengan aksi,” ujarnya.

Tampilkan Kelainan

Beliau berkata, filem terbaru terbitannya itu menampilkan kelainan berbanding filem-filem gangster lain apabila ia mengetengahkan elemen kekeluargaan, terutama membabitkan hubungan dengan dua orang kanak-kanak dengan pakciknya yang sudah dianggap sebagai bapa.

Jelasnya, apa yang lebih istimewa lagi apabila ia turut menampilkan barisan-barisan pelakon yang hebat dan dikenali ramai, termasuk Zul Huzaimy yang memegang watak utama sebagai penjaga kepada dua anak saudaranya setelah kematian abangnya.

“Biarpun tajuknya Daddyku Gangster, tetapi ia sebenarnya sesuai untuk ditonton oleh semua golongan termasuk seisi keluarga.

“Disebabkan itu filem ini lebih mengetengahkan genre aksi komedi supaya ia tidak nampak sebuah naskah yang nampak ganas,” jelasnya.

Selain Zul Huzaimy, antara barisan pelakon yang membintangi Daddyku Gangster seperti Adeline Tsen, Faizal Hussein, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Alieff Irfan, Zalif Sidek, Reen Rahim, Azri Iskandar, Vanidah Imran serta dua pelakon cilik hebat iaitu Angelica Petra dan Arryyan Petra.

Menelan kos pembikinan kira-kira RM2.5 juta, Daddyku Gangster menjalani penggambaran di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan pada awal tahun 2020.

“Kalau ditanya tentang harapan pula, pastinya saya mengharapkan filem Daddyku Gangster mendapat sambutan hangat penonton.

“Malah, saya menyarankan supaya datang untuk menonton ke panggung beramai-ramai dan yakin ia adalah sebuah filem yang sangat menghiburkan,” ujarnya.

Kenyataan Pengarah

Sementara itu, Ismail Bob selaku pengarah pula menyatakan Daddyku Gangster cukup istimewa kerana merupakan filem ke-20 yang diarahkan olehnya sepanjang bergelar pengarah.

Ujarnya, menerusi filem ini dia cuba menampilkan kelainan dengan menampilkan Zul Huzaimy untuk memegang peranan watak utama.

“Sebagai pengarah sudah tentu saya cuba sesuatu yang baharu. Misalnya, kita semua tahu Zul Huzaimy seorang pelakon hebat yang terkenal dengan watak antagonis.

“Untuk kali ini, saya cuba ‘twist’ pula dengan menjadikan Zul Huzaimy pegang watak hero dan ternyata ia berjaya membawakan wataknya dengan berkesan,” katanya.

Mengenai cabaran sepanjang pembikinan filem berkenaan, Ismail Bob memberitahu antara yang terpaksa dihadapi apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Ujarnya, pada pada masa itu penggambaran baru berlangsung selama dua minggu dan ia terpaksa dihentikan seketika.

“Kami mulakan penggambaran dalam bulan Mac 2020 dan lepas itu terus PKP sehingga kami terpaksa berada di hotel sahaja.

“Kemudian kami minta khidmat nasihat pihak polis dan dinasihatkan untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan segera dan penggambaran hanya disambung semula pada bulan Julai,” ujarnya.

Filem Daddyku Gangster akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Disember 2022.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Daddyku Gangster
https://lomp.at/oaf1p
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem