Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

iQIYI Bekerjasama Dengan Foodpanda Menerusi Drama Original Tempatan ‘Sorry Naik Lori’

by Haz Haan
October 27, 2022
Share on Facebook

iQIYI sekali lagi bakal tayangkan original tempatan iaitu Sorry Naik Lori yang akan ditayangkan di 191 negara di seluruh dunia bermula 4 November 2022. Sorry Naik Lori juga menandakan pencapaian penting kepada iQIYI menerusi langkah integrasi jenama pertama “dari skrin ke skrin” dalam bersiri OTT, hasil kerjasama dengan foodpanda yang merupakan peneraju platform penghantaran makanan dan barangan runcit dalam talian terkemuka di Asia Tenggara.

Via Berita Harian

“Platform OTT seperti iQIYI menejadi pemangkin pembangunan industri hiburan tempatan dan landasan baharu bagi jenama perniagaan berhubung dengan penonton dengan cara tersendiri. Selain itu, pelbagai jenama perniagaan juga boleh beralih daripada penempatan produk biasa dan mengetengahkan tawaran mereka mereka dengan cara berkesan. Oleh itu, kami sangat teruja untuk berganding bahu bersama foodpanda untuk meneroka peluang baharu bagi mengiklankan produk mereka menerusi platform kami”

Kata Dinesh Ratnam, Pengurus Negara iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dalam Sorry Naik Lori , foodpanda akan diadaptasi sebagai sebahagian dari jalan cerita dengan penghantar makanan foodpanda memainkan salah satu watak utama dalam drama komedi romantik ini. Dengan cara pendedahan perkhidmatan foodpanda serta tawaran baharunya selain menyelitkan jenama foodpanda dalam pelbagai babak jalan cerita drama ini.

Mengulas mengenai integrasi jenama pertama seumpamannya, Pengarah Pemasaran foodpanda , Bernard Chong berkata ,

“foodpanda teruja untuk berkerjasama dan memberi sokongan kepada iQIYI dalam menghasilkan kandungan tempatan berkualiti. Kebanyakkan penonton iQIYI merupakan golongan sasar kami, justeru kerjasama ini sangat membantu kami dalam meningkatkan kesadaran jenama menerusi kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan foodpanda yang mana ianya menjangkaui sekadar penghantaran makanan”

Satu lagi rakan kongsi utama dalam menjayakan judul original tempatan iaitu Universal McCann Malaysia, Chai Yen Yen, Naib Presiden Universal McCann Malaysia berkata, 

“Perkongsian antara foodpanda dan iQIYI adalah sesuatu yang mengujakan kerana ia telah memberikan kami peluang baharu untuk mengetengahkan jenama, rangkaian produk dan perkhidmatannya. Satu cabaran yang dialami adalah mencari keseimbangan integrasi jenama yang tepat tanpa menggangu kesepaduan jalan cerita”

Via iQIYI

Sorry Naik Lori merupakan kisah cinta moden yang berkisarkan kepada watak Khairul, pemandu lori muda yang menetap di Pulau Pinang dan ‘alah’ kepada media sosial, namun isterinya, Nadia pula bercita-cita tinggi untuk menajdi seorang influencer. Selepas siaran video secara rawak di aplikasi NikNok membabitkan Nadia di restoran Pasembur ibunya menjadi tular, dia menerima pelbagai tawaran daripada agensi pencari bakat tetapi perlu merahsiakan hubungan dan status perkahwinannya kepada orang lain. Nadia menolak hasrat suaminya dan memutuskan untuk terus mengejar impian dengan sokongan keluarganya. Tanpa disedari, Khairul pula cuba memasuki dunia viral dan kemasyhuran media sosial tetapi dalam masa sama cuba mempertahankan hubungan perkahwinannya.

Drama dibintangi Nazim Othman dan Ruhainies sebagai peneraju utama, Sorry Naik Lori juga menampilkan barisan pelakon terkenal termasuk penyanyi, Tajul ; TikToker, Ahmad Saffuan; Nafiz Muaz, Sheila Mambo dan Asha Zainul.

Sorry Naik Lori akan ditayangkan bermula 4 November ini secara eksklusif di aplikasi iQIYI san iQIYI International (www.iq.com) di 191 negara di seluruh dunia. Episod baharu akan disiarkan setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 9 malam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
FoodPandaIqiyi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
LifeXplore

Upgrade Yang berbaloi! Ini 3 Perkara Yang MURAI Suka Tentang Galaxy Buds4 Pro

by Phic ARMAN
June 15, 2026

Samsung Galaxy Buds4 Pro bukan jenis fon telinga yang hanya nampak cantik dalam gambar. Bila sudah pakai sendiri, ada beberapa...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Demi Hadapi Cuaca Panas Melampau, Samsung Lancarkan AI WindFree Pro Terbaru!

by Nurul A.
June 11, 2026

Samsung melancarkan penyejukan WindFree pada tahun 2016. Sejak daripada itu, ia telah mengembangkan WindFree ke lebih banyak rantau dan melangkaui...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Foto - Sealy
Teknologi

Sealy Raikan 145 Tahun dengan Tilam Edisi Terhad

by Nurul A.
June 24, 2026

Seiring dengan kepentingan tidur berkualiti dalam gaya hidup moden, Sealy Malaysia meraikan pencapaian ini menerusi “145 Years of Better Sleep”,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara