Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Awesome TV Tentang Kenyataan A.Aida, Cadang FINAS Ambil Tindakan Tegas

by A.Aided
October 28, 2022
209
KONGSIAN
Share on Facebook

Stesen penyiaran TV swasta percuma, Awesome TV menegaskan bahawa bakat merupakan kriteria utama dan cukup penting dalam menentukan pembabitan mana-mana selebriti yang menjayakan sesebuah nashkah terbitannya. Faktor-faktor lain seperti berperwatakan menarik, berwajah cantik, tampan dan seumpamanya hadir sebagai aspek bonus kepada bakat yang ada pada mereka.

Mengulas lanjut mengenai isu pemilihan artis yang berwajah cantik dan tampan lebih diutamakan dari bakat, pihak Awesome TV terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini.

“Sejujurnya kami tidak bersetuju apabila A.Aida mengatakan bahawa bakat tidak penting tetapi wajah yang cantik dan tampan adalah lebih utama dalam menentukan kejayaan sesebuah karya. Saya pasti ramai penggiat seni di luar sana bersetuju apabila kami menegaskan bahawa kenyataan seumpama ini tidak bijak dan merosakkan industri seni negara terutamanya dari seorang Ahli Lembaga Pengarah FINAS,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas.

Tak Amal Diskriminasi

Dalam pada itu, Adam turut menekankan bahawa pihak Awesome TV tidak pernah mengamalkan sebarang diskriminasi sejak ditubuhkan dua tahun lalu.

“Dari hari pertama kami bersiaran pada Ogos 2020, kami tidak mengamalkan diskriminasi dalam menentukan pembabitan mana-mana anak seni dalam program terbitan kami. Bakat sentiasa dijadikan faktor nombor satu yang kami tekankan dan kami juga sentiasa menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pelakon tanah air seawal sesi pemilihan pelakon. Kami juga memberi peluang sama rata kepada semua penggiat seni yang memainkan peranan di depan dan di belakang lensa kamera, merentasi setiap peringkat umur. Berbanding dengan memiliki wajah yang cantik dan tampan sahaja, kami lebih memberi fokus kepada bakat serta kualiti kandungan sesebuah program,” katanya lagi.

Cadang FINAS Ambil Tindakan Terhadap A.Aida

Adam berkata, sesebuah karya memerlukan pelbagai aspek penting untuk berjaya menarik minat para penonton di Malaysia.

Beliau juga berpendapat, pihak FINAS perlu mengambil tindakan tegas terhadap A.Aida ekoran kenyataannya yang mengundang rasa kurang senang ramai pihak itu.

“Secara konklusifnya, sesebuah karya perlu ada keseimbangan untuk menjadikannya hebat dan diterima ramai. Bakat, strategi pemasaran, jalan cerita serta pengarahan yang baik adalah formula yang tepat untuk berjaya menarik tontonan masyarakat. Sokongan rakan-rakan media yang sentiasa memberikan publisiti pada sesebuah program atau karya yang dihasilkan turut membantu dalam menentukan kejayaan produk tersebut. Dalam hal ini, kami merasakan bahawa pihak FINAS perlu mengambil tindakan tegas terhadap A.Aida. Kenyataan A.Aida jelas menunjukkan beliau tidak layak berada di dalam FINAS, apatah lagi menggalas tanggungjawab sebesar ahli Lembaga Pengarah,” katanya menutup bicara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: a.aidaawesome tv
Share84Tweet52SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat
Korea

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?
Filem

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai
Bollywood

Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai

by Aphit J.
February 5, 2023
Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?
Lokal

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?

by Aphit J.
February 5, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan