Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Penaung Diraja Kewangan Islam Malaysia, Rasmikan Kampus Baru INCEIF University

by Aphit J.
October 29, 2022
115
KONGSIAN
Share on Facebook

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebelum ini telah merasmikan pelancaran kampus baru INCEIF University di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Ketibaan Sultan Nazrin pada 2 petang telah disambut oleh Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus (yang merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia) dan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, iaitu Canselor dan Pro-Canselor yang baru sahaja dilantik INCEIF University, bersama Tan Sri Azman Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah, INCEIF University dan Prof. Dato’ Dr Azmi Omar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF University.

Perasmian Kampus Baru

Kampus baru INCEIF University yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur ini merangkumi keluasan ruang sebesar 130,000 kaki persegi di atas tanah seluas 1.32 hektar, dikelilingi oleh persekitaran hijau di tengah-tengah ibu kota.

Bangunan tersebut menempatkan antaranya auditorium, kelas-kelas, bilik-bilik seminar, makmal-makmal komputer, ruang-ruang rehat, Pusat Pengurusan Ilmu dan dewan bankuet.

Pendidikan Dan Latihan Kewangan Islam

via INCEIF

INCEIF University merupakan pusat khusus yang menyediakan pendidikan dan latihan dalam kewangan Islam. Sepanjang penubuhannya selama 16 tahun, pusat ini telah berkembang menjadi universiti sepenuhnya.

Pada masa ini, INCEIF University disenaraikan antara 5 peratus sekolah perniagaan terbaik di dunia seperti yang telah diiktiraf oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB).

Ditubuhkan Oleh Bank Negara

INCEIF University telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2005 dan diberi mandat untuk membangun dan memupuk bakat serta pakar dalam industri perkhidmatan kewangan Islam.

Dikenali sebagai satu-satunya universiti di dunia yang berfokuskan kewangan Islam, ia bertujuan untuk menjadi peneraju pengetahuan dalam kewangan Islam menerusi penyediaan khidmat seperti pengajaran, penyelidikan dan kepimpinan pemikiran yang cemerlang bagi merapatkan jurang di antara bidang akademik dan industri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: INCEIF University
Share46Tweet29SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih
Inspirasi

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih

by Lisa Ghani
January 27, 2023
Senarai Hadiah Yang Boleh Kamu Bagi Ketika Melawat Ibu Berpantang & Bayi
Inspirasi

Senarai Hadiah Yang Boleh Kamu Bagi Ketika Melawat Ibu Berpantang & Bayi

by Soph Azz
January 26, 2023
Nama Bayi Perempuan Yang Unik Beserta Maksudnya (Edisi Arab)
Inspirasi

Nama Bayi Perempuan Yang Unik Beserta Maksudnya (Edisi Arab)

by Soph Azz
January 23, 2023
Idea Bergambar Untuk Si ‘Camera-Shy’. Barulah Nampak Cantik
Inspirasi

Idea Bergambar Untuk Si ‘Camera-Shy’. Barulah Nampak Cantik

by Lisa Ghani
January 6, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  2. 2

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan