Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

‘Undi Dengan Bijak’- Ezurin Khyra Komen Isu 20 Pondan Ditahan Di Pesta Halloween

by Zaidin Albert
November 1, 2022
Share on Facebook

Pihak berkuasa telah dikecam berikutan serbuan di acara tertutup Halloween di RexKL. Menurut mesej yang tular di media sosial, serbuan itu didakwa dilakukan oleh polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Usahawan dan ikon fesyen, Ezurin Kyra tidak bersetuju dengan serbuan itu dan menganggap tidak perlu kerana ia hanya pesta untuk meraikan Halloween. Beliau berkata pihak berkuasa tidak wajar bersikap judgemental  dalam hal ini, malah menyifatkan cross dressing adalah perkara biasa dalam perayaan Haloween.

“Ia adalah halloween, sama ada anda membenarkan perayaan itu atau tidak. Jika anda akan menangkap hendaklah menangkap semua orang yang berada di acara itu. Jangan kita menghakimi sesiapa. Cross Dressing adalah perkara biasa semasa halloween”- tulisnya di Instagram.

Dalam tulisan lain, Ezurin berharap rakyat Malaysia menjadi pengundi yang bijak pada pilihanraya akan datang.

“Undi dengan bijak, kuasa diambil bukan diberikan”- tambahnya lagi.

Terdahulu, aktivis Numan Afifi, di Twitter, mendakwa transgender ditahan dan dibawa ke pejabat JAWI untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun ini tidak dapat disahkan kerana JAWI masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu. Perkara yang lebih mendesak yang melibatkan masyarakat yang patut diberi perhatian daripada pihak berkuasa.

We are at JAWI office in Kuala Lumpur with human rights defenders and activists in solidarity with the people investigated by the religious department. pic.twitter.com/M7O5LhhM93

— Numan Afifi (@NumanAfifi) October 29, 2022

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Op Bersepadu bermula jam 10 malam bersama JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Seramai 20 lelaki tempatan berusia lingkungan 22 ke 34 tahun telah dibawa balik Bahagian Penguat Kuasa JAWI kerana di samping berpakaian wanita mereka juga berlagak seperti wanita,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Insiden tersebut turut mendapat perhatian netizen, ada yang berkata mereka yang ditahan tidak bersalah dan semua orang mempunyai hak kebebasan untuk memilih. Apa komen anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datin Ezurin KhyraEzurin kyraRexKL
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara