Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Awalnya Ustaz Kazim Elias Bertanding Di Parlimen Larut, Kemudian Tarik Diri?

by Haz Haan
November 2, 2022
Share on Facebook

Ramai tidak menyangka bahawa penceramah bebas terkenal di Malaysia, Ustaz Kazim Elias akan bertanding di Parlimen Larut di bawah percalonan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umun K-15 (PRU15) pada 19 November 2022.

Menurut sumber Metro, pada awalnya Ustaz Kazim bakal bertanding di Parlimen Larut dimana sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin. Sebelum ini, Hamzah menang di Parlimen Larut pada PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN) , namun kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Tarik Diri?

Walaubagaimanapun,  Ustaz Kazim menarik diri seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Ustaz Kazim digantikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud.

Terdahulu, penceramah itu telah hadir di Menara Dato’ Onn dan menandatangani surat aku janji serta mengambil gambar profil calon bagi mewakili parti itu. Pemilihan tokoh agama yang juga pelakon itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan dikatakan sesuai untuk diletakkan sebagai ‘underdog’ di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini.

Untuk makluman, Dato Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias merupakan anak kelahiran  Batu Kurau, daerah Selama, Perak. Merupakan seorang penceramah bebas dan personaliti media Malaysia. Ceramah beliau banyak dimuat naik ke YouTube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Dato Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat.

Ustaz Kazim Stabil, Tiada Pelawat Dibenarkan Melawat Sekarang

Tambahan, Datuk Ustaz Kazim menerima anugerah Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama 71 individu lain sempena Hari Wilayah Persekutuan hari 1 Feb 2015.Datuk Mohamad Kazim Elias dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1437 peringkat negeri Perak pada sambutan Maal Hijrah pada 14 Oktober 2015.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
PRU15Ustaz Kazim Elias
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara