Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Muka Elok Tapi Perasan Bagus!”- Penerbit Ayu Puteh Mahu Pelakon Tiada Rupa Diberi Peluang

by Zaidin Albert
November 2, 2022
206
KONGSIAN
Share on Facebook

Penerbit dan Pengarah, Datuk Ayu Puteh terpanggil untuk mengulas isu mengenai rupa paras yang menjadi elemen penting untuk menjadi seorang pelakon. Terdahulu kenyataan Datuk A.Aida telah mencetuskan perdebatan di kalangan penggiat seni. Difahamkan, A. Aida meletakkan rupa paras seseorang pelakon sebagai ‘resipi’ utama kejayaan sesebuah karya.

Datuk Ayu Puteh atau lebih mesra dipanggi Ayu agak bersetuju dengan A.Aida, namun dia berpendapat pelakon yang yang mempunyai rupa paras cantik sebenarnya tidak menjamin kejayaan bagi sesebuah drama atau filem.

“Saya agak setuju juga dengan pendapat Datuk A. Aida, tapi yang tiada rupa pun sebenarnya banyak membantu menghidupkan drama dan filem kita. Tak semestinya hero atau heroin tu harus cantik dan kacak. Ada sahaja yang tak berapa cantik atau kacak jadi idola penonton, dan lakonannya lain macam..”- katanya ketika dihubungi oleh Murai.

Pemilik syarikat produksi Pencil Pictures itu menambah, ada di kalangan pelakon yang memiliki kelebihan seperti dianugerahkan rupa paras yang cantik atau kacak tapi malas mencari ilmu.

“Bagi saya, kita akan lebih susah nak lupa kepada mereka yang berbakat besar dalam lakonan dan penjiwaan mereka yang sangat mendalam. Dari muka kacak atau cantik tapi berlakon macam kayu dan perasan bagus.

Lagi teruk lagi, ada di antara mereka yang malas pula cari ilmu. Tapi tak semua yang begitu, ramai juga yang dikurniakan rupa paras yang menarik dan pada masa yang sama bagus berlakon. Contohnya seperti, Amyra Rosli, Nad zainal, Ummi Nazeera dan Syafik Kylie, Hisham Hamid dan lain-lain yang sewaktu dengannya,”- katanya kepada MURAI.

Ayu berkata, dia selalu mengingatkan anak perempuan Wanna Ali iaitu merupakan seorang pelakon untuk terus belajar untuk berjaya dalam dunia lakonan.

“Anak saya berlakon pun saya boleh marah-marah dia bila saya tak ‘rasa’ lakonan dia. Mana ada bagi peluang. Dan saya selalu suruh terus cari ilmu. Dah nama nya kau cari makan sebagai artis! Jangan malas, “- katanya lagi.

Mengenai perkembangan filem terbaru, Ayu berkata, syarikat produksi Pencil Pictures bakal memulakan penggambaran filem terbaru iaitu Jeriji Besi pada tahun 2023 dan difahamkan ia merupakan sebuah filem aksi dalam penjara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Datuk A AidaDatuk Ayu Puteh
Share82Tweet52SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian
Bollywood

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian

by Phic ARMAN
January 30, 2023
Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana Cetus Spekulasi, Zizan Razak Tampil Beri Penjelasan!
Gossip

Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana Cetus Spekulasi, Zizan Razak Tampil Beri Penjelasan!

by Naddy Joe
January 30, 2023
Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman
Lokal

Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman

by Mas Ayu
January 30, 2023
[VIDEO] Juri Indonesia Pertahan Tindakan Mas Idayu Beri Teguran Pedas Terhadap Peserta?
Gossip

[VIDEO] Juri Indonesia Pertahan Tindakan Mas Idayu Beri Teguran Pedas Terhadap Peserta?

by Naddy Joe
January 30, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  2. 2

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan