Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Berita 7:57 Dituduh Berunsur Perkauman, Awesome TV Beri Penjelasan Sebenar

by Phic ARMAN
November 7, 2022
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita 7:57 di bawah naungan Awesome TV baru-baru ini, pada 4 November 2022, membuat liputan perihal kajian pengundi untuk Pilihanraya Umum ke-15 (“PRU15”) yang akan berlangsung pada 19 November 2022 kelak.

Mengikut kajian tersebut, dipercayai kaum Bumiputera masih lemau dalam usaha untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi dan rakyat Malaysia. Justeru itu, Berita 7:57 menyaran kaum Bumiputera untuk mengundi supaya Kerajaan yang dipilih kelak adalah Kerajaan yang tidak menindas kepentingan Bumiputera.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang berkepentingan politik, khususnya yang tidak menyokong agenda Bumiputera, telah memanipulasikan tujuan Berita 7:57 sebagai berunsur perkauman di pelbagai platform media.

Pihak Awesome TV menganggap manipulasi ini adalah berniat jahat terhadap Awesome TV yang bertujuan untuk memupuk rakyat supaya bertanggungjawab dalam hal pengundian.

Dalam pada itu, pihak-pihak tersebut juga telah memberi laporan palsu di mana mereka menamakan Astro dan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) sebagai pelabur untuk Awesome TV.

Kedua-dua entiti tersebut bukan pelabur di Awesome TV dan tidak ada penglibatan di dalam pengurusan dan pembikinan kandungan atau berita di Awesome TV.

Awesome TV adalah milikan penuh syarikat persendirian Awesome Media Network Sdn Bhd dan Awesome Broadcasting Sdn Bhd. Dipercayai bahawa maklumat salah oleh pihak-pihak tersebut mungkin diambil dari sumber yang tidak boleh dipercayai seperti Wikipedia.

Sekali lagi, Awesome TV ingin menekankan bahawa jika rakyat Malaysia tidak mengundi, khususnya kaum Bumiputera, maka risiko pemilihan Kerajaan yang tidak akan menjaga kebajikan mereka adalah ketara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
awesome tv
https://lomp.at/a0x13
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem