Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Nad Zainal Jadikan Noorkhiriah Sebagai Contoh

by Arsiqin Yusof
November 7, 2022
221
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon berbakat, Nad Zainal tampil dengan imej bertudung ketika majlis pelancaran drama siri lakonannya berjudul ‘Cina Buta’ arahan Shahrulezad, Jumaat lalu.

Nad atau nama lengkapnya, Farah Nadia Zainal, 32, bagaimanapun tidak mahu terlalu berbicara mengenai penampilannya itu.

“Saya sebenarnya tak nak cakap banyak tentang penampilan terbaru ini, maafkan saya. Cuma, doakan yang terbaik saja, saya masih lagi belajar.

“Saya masih ada dua kerja yang sudah ditandatangani, satu filem dan satu siri panjang yang memerlukan saya untuk tidak memakai tudung. Saya tak boleh komen banyak, tapi saya gembira dengan apa yang saya pakai hari ini dan berharap dapat teruskan pada masa hadapan.

“Saya sudah mula berhasrat untuk pakai tudung sejak dua tahun lepas, tapi saya tak mahu umumkan apa-apa lagi,” katanya ketika ditemubual di majlis tersebut,” katanya ketika ditemubual di acara tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Nad Zainal Nadi Kesuma (@nad.zainal)

Dalam pada itu, ditanya tentang kemungkinan sesetengah pihak produksi berasa sukar menawarkan watak kepadanya selepas ini, Nad percaya pada rezeki Allah SWT.

“Mungkin sesetengah produser berasa susah untuk beri watak jika seseorang pelakon sudah berhijab. Tapi untuk saya sendiri, hal ini tidak jadi masalah. Saya tengok pelakon Noorkhiriah, dia masih boleh bawa watak antagonis dengan berjaya meskipun dengan gayanya memakai hijab,” katanya lagi.

‘Cina Buta’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 9 November 2022, jam 10,00 malam menerusi slot MegaDrama di Astro Ria (104).

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Cina Butanad zainal
https://lomp.at/7nha5
Share88Tweet55SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem