Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

[VIDEO] Ramai Hairan Lihat Harith Iskander Terapung Di Kolam Lautan Mati ESCAPE PENANG

by Phic ARMAN
November 7, 2022
49
KONGSIAN
Share on Facebook

ESCAPE Penang baru saja meraikan ulang tahun ke-10 dengan melancarkan dua tarikan baru. Ini termasuk Ski Slope atau permainan ski dalam hutan tropika dan Kolam Laut Mati (Dead Sea Pool), di mana pengunjung dapat mengapung secara semula jadi seperti di Lautan Mati yang terletak di Jordan.

Kolam Lautan Mati

Kolam Laut Mati menyerupai Salt Lake  yang terkenal di Jordan. Kandungan kemasinan kolam yang tinggi membolehkan pengunjung terapung secara semula jadi di dalam kolam. Buat pertama kalinya ketika dirasmikan, pelawak terkenal Harith Iskander telah mencuba sendiri kolam tersebut dan ternyata selebriti berusia 56 tahun ini terapung. Lihat video di bawah.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

@phicarman

Replying to @sshermosa yess.. Harith Iskander lah yang rasmikan kolam tu.. and pada masa yang sama dia jadi emcee pelancaran tu. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ SWIPE – ALYPH

Ramai Hairan Lihat Harith Iskander Terapung

Di ruangan komen, ramai yang kagum malah ada yang hairan bagaimana Harith boleh terapung di dalam kolam tersebut. Ada juga yang tertanya-tanya berapa banyak garam telah dimasukkan meningkatkan ketumpatan air dalam kolam tersebut.

Ski Slope

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Sementara itu Ski Slope sepanjang 302 meter ialah cerun ski buatan manusia luar yang mengalir menuruni bukit yang dihasilkan daripada bahan khas yang membolehkan ski dan papan salji meluncur dengan mudah – semuanya tanpa sebarang salji.

Seperti tarikan lain di ESCAPE Penang, segala usaha yang dilakukan menggunakan semula infrastruktur sedia ada, sambil mengekalkan persekitaran semula jadi taman ini kerana Lereng Ski di bina di atas jalan yang tidak berfungsi di tempat yang pernah menjadi tapak pembinaan Empangan Teluk Bahang.

View this post on Instagram

A post shared by ESCAPE Penang (@escapemy)

Kedua-dua tarikan ini dirasmikan oleh EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin, bagi pihak Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow. Turut hadir ialah Dato’ Sim Choo Kheng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sim Leisure Group, pemilik dan pengendali taman tema jenama ESCAPE. Selain itu, merasmikan pelancaran tarikan baharu itu ialah Pemain Ski Alpine Olimpik Malaysia berusia 18 tahun, Aruwin Salehhuddin, yang mempamerkan kemahirannya di Lereng Ski.

Tempah tiket ESCAPE Penang Theme Park pada harga RM149 setiap orang dengan klik di sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aruwin SalehhuddinDato’ Sim Choo KhengHarith IskanderTuan Chow Kon YeowYeoh Soon Hi
https://lomp.at/95tes
Share20Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem