Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kenapa Cakap Suami Dayus?”- Ustaz Azhar Beri Penjelasan Tentang Isu Bersalin

by Rory Kim
November 8, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini, kecoh di media sosial isu tentang seorang ustazah yang melabelkan seorang suami itu dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anaknya. Penyataan ustazah tersebut telah menimbulkan kemarahan para netizen yang semestinya tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

Satu video dikongsi oleh @izataim di tiktok mengenai pencerahan isu bersalin daripada seorang ulama yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI. Pencerahan itu sedikit sebanyak telah menjawab hukum sebenar bersalin menurut Islam.

“Apa yang Haram Di Angkat Sekejap Hukumnya”

@ijj4k_

Perkongsian ilmu daripada Ustaz Azhar Idrus tentang isu bersalin #uai #ustazazharidrus #fyp #terengganu #kongsikebaikan #kongsiilmu

♬ original sound – Jak? – ????

UAI memberi pencerahan mengenai isu bersalin di dalam kuliahnya. Menurutnya, hukum asal berubat itu adalah perempuan berubat dengan perempuan dan begitu sebaliknya kerana masalah aurat. Namun, terangnya lagi, jika sudah masuk di fasa darurat, apa yang haram dalam islam itu diangkat sekejap hukumnya. UAI berkata:

Hukum asal perempuan itu berubat dengan perempuan. laki-laki berubat dengan laki-laki kerana masalah aurat. Dalam bab berubat, dia ada kadar-kadar dia. Bila masuk sempadan darurat apa yang haram, diangkat hukumnya sekejap.

UAI juga telah memberi sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan dan menjelaskan lagi apa yang hukum sebenar mengikut islam.

Barang siapa masuk didalam situasi yang tidak boleh diberi pilihan, tidak berlebihan. Maka hukumnya tidak berdosa.

“Kenapa Cakap Suami Dayus Pula?”

UAI menjelaskan lagi isu tersebut dengan mengatakan sekiranya ketika isteri hendak bersalin, hanya ada doktor lelaki sahaja, itu dibenarkan. Ini kerana bersalin juga dalam kategori darurat yang melibatkan dua nyawa iaitu nyawa ibu dan anak didalam kandungan dan hukumnya tidak berdosa sama sekali.

jadi, kita nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. tapi, jika doktor perempuan tidak ada, yang ada cuma doktor lelaki, sedangkan itu kritikal yang berkatian dengan dua nyawa. maka, oleh kerana tidak ada doktor perempuan maka doktor lelaki ada. tidak berdosa. kenapa cakap suami itu dayus pulak? tidak haram- Jelas UAI

Semoga dengan pencerahan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus ini membuka mata dan menjawab segala tanda tanya umat islam dalam hukum bersalin ini.

Sesi "Pasang Badan" Bersama Ustaz Azhar Idrus, Harga Jam Jenama Oris Jadi Perhatian!
Ustaz Azhar Idrus
https://lomp.at/ftwf1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @hannahdelisha (IG)
Lokal

Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

by Nurul A.
March 11, 2026

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara