Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Drama ‘Cina Buta’ Tak Dibuat Sembarangan, Shahrulezad Jumpa Ustaz Terlebih Dahulu

by Arsiqin Yusof
November 9, 2022
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Drama bersiri terbaru arahan pengarah terkenal Shahrulezad, ‘Cina Buta’ dijangka menemui penonton menerusi slot MegaDrama Astro Ria (104) tidak lama lagi.

Istilah Yang Menggambarkan Keseluruhan Drama

Akui pihak stesyen televisyen agak kurang bersetuju dengan tajuk sebegitu pada mulanya, namun Shahrulezad mengatakan istilah itulah yang paling sesuai untuk menggambarkan keseluruhan drama.

Shahrulezad yang juga dikenali sebagai Budak Ijat juga menjelaskan dia telah membuat kaji selidik dan mendapatkan pandangan daripada golongan yang arif dalam Agama Islam terlebih dahulu.

“Kenapa istilah ‘Cina Buta’ itu wujud? Saya lakukan research sebelum hasilkan drama ini. Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana salah satu babak melibatkan pelakon Shamsul Ghau Ghau di Pejabat Agama, dia (Shamsul) sendiri pun sangat berminat dengan hukum-hukum agama. Di bilik sebelah kami lakukan penggambaran pula ada Pegawai Agama, jadi beliau telah menasihati kami tentang yang mana betul dan yang mana salah.

“Kita tahu pendapat agama berbeza-beza, dan kami telah buat survey terlebih dahulu bertanya pendapat orang ramai, rupanya ramai yang tak tahu tentang ‘Cina Buta’. Jadi saya rasa bagus untuk mendedahkan isu ini kepada orang agar dapat dibincangkan,” katanya.

Shahrulezad berkata demikian ketika Sidang Media ‘Cina Buta’ yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Jadual Kerja Yang Padat

Dalam pada itu, pengarah yang sering tampil dengan karya diminati ramai itu akui bahawa dia melakukan kaji selidik dan mendapatkan pandangan para ustaz dalam tempoh masa yang tidak lama.

“Saya taklah ambil masa yang lama disebabkan jadual kerja yang sangat padat. Sambil buat skrip, mengarah dan cari info di Google, pada masa sama juga pergi tanya orang dan ustaz, begitulah saya lakukan,” katanya yang menegaskan hukum ‘Cina Buta’ adalah haram.

Kalau nak tahu lebih tentang ‘Cina Buta’ dan sejarah asal perkataan itu, Shahrulezad mengajak orang ramai untuk menonton drama berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Shahrulezad Mohameddin (@budakijat)

Drama ‘Cina Buta’ yang dibintangi Nad Zainal, Ungku Ismail Aziz, Aliff Aziz dan ramai lagi. Ia akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 10.00 malam di Astro Ria bermula tarikh yang akan diumumkan kelak.

View this post on Instagram

A post shared by Shahrulezad Mohameddin (@budakijat)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Drama Cina ButaShahrulezad
https://lomp.at/8ze4w
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem