Umum mengetahui, anak perempuan sulung kepada pelakon Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera telah melangsungkan perkahwinan pada jumaat lalu.
Baru-baru ini, pelakon Noorkhiriah telah kongsikan video suasana di majlis pekahwinan anak Shiera di akaun tiktoknya @Khiriah_17. Video tersebut telah menjadi perhatian ramai dengan gelagat rakan-rakan artis yang turut hadir.
“Seronok Jumpa Kawan-Kawan”
@khiriah_17
Menerusi video yang dikongsi, Noorkhiriah mengungkapkan rasa gembira kerana di majlis tersebut dia dapat berjumpa dengan rakan-rakan artis yang lama. Dalam video tersebut terlihat kemeriahan majlis tersebut dengan keriuhan artis-artis yang sudah lama tidak bertentang mata. Dia juga sempat mengucapkan tahniah kepada Shiera dan Ijoy dengan penerimaan menantu baharu.
Meriah, dah macam malam anugerah.. seronok dapat jumpa kawan-kawan. kenyang terus. Tahniah kak shieraijoy terima menantu- tulisnya di video
“Macam Majlis Reunion“
Ramai peminat teruja dan memberi komen di video tersebut dengan mengatakan majlis perkahwinan tersebut terlihat seperti majlis reunion buat rakan-rakan artis Shiera. Ada juga yang mengatakan, kenduri anak merupakan satu tempat di mana semua akan membuat reunion buat emak-emak yang akan berjumpa dengan kawan-kawan lamanya.
Macam majlis reunion meriah mesti kakak rara best gila time nie..
Betul la kenduri anak ni macam gathering untuk mak-mak je ?
Bagus, boleh mengeratkan silaturrahim sesama insan??- komen peminat

Sekadar info, Sharifah Shahirah kini sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Beliau menyatakan niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT. Pada mulanya beliau bernazar, jika wabak ini ada penawar beliau akan bertudung dan bersopan. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.