Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Bakal Bersaing Dengan Marsha & Ernie Zakrie, Ini Komen Aina Abdul…

by A.Aided
November 15, 2022
60
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi hebat, Aina Abdul merupakan salah seorang artis yang berjaya mara ke Semi Final Muzik Muzik 37 (SFMM37) menerusi lagunya, Terus Hidup.

Bersyukur

Menurut Aina, dia amat bersyukur, dan mengucapkan terima kasih kepada pihak TV3 kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada dirinya.

“Ini adalah rezeki Allah, terima kasih TV3 kerana memberi sekali lagi kepercayaan kepada saya mengangkat karya saya buat kali keempat ini.  Saya rasa, tahun ini saingannya lebih sengit, jadi saya kena kerja kuat sebaik mungkin dalam cara yang sihat, agar kita dapat meraikan lagu Terus Hidup di semi final nanti.

“Dari segi harapan, tentunya sesiapa yang masuk pertandingan, mestilah nak menang. Lagu Terus Hidup ini adalah karya saya yang paling sayang kerana ia mempunyai jiwa ‘Aina Abdul’ di dalamnya. Saya tak siapkannya secara sambil lewa, saya tumpukan sepenuh perhatian dan bekerja keras untuk lagu ini baik dari segi vokal, penampilan dan pelbagai lagi,” katanya kepada Murai MY.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Saingan Sengit

Bercakap tentang saingan sengit yang antaranya Marsha Milan dan Ernie Zakrie, Aina tidak menidakkan dua penyanyi yang dihormatinya itu membuatkan dia berasa gementar.

“Tipulah kalau tak rasa ‘pressure’, mereka berdua adalah rakan-rakan artis yang saya hormat. Kedua-duanya memulakan kerjaya nyanyian lebih awal daripada saya. Saya merupakan junior yang sentiasa menantikan projek-projek terbaru daripada mereka.

“Saya teruja dan gementar, saya tahu di luar sana ada orang yang selalu membandingkan kami bertiga dalam beberapa perkara. Tapi bagi saya, itulah pertandingan dan kami bertiga baik-baik saja. Saya hanya mahu menyanyi dengan baik dan tenang,” katanya lagi.

SFMM37 akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 November ini di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, pukul 3 petang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: aina abdulSFMM37
Share24Tweet15SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023
Pergi Umrah Bersama, Netizen Titip Doa Buat Shikin Dan Chacha Maembong
Selebriti

Pergi Umrah Bersama, Netizen Titip Doa Buat Shikin Dan Chacha Maembong

by Mas Ayu
January 27, 2023
Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  5. 5

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan