Sunday, April 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home #ApaPlan

[10 DIS 2022] Konsert Shreya Ghoshal LIVE Di Kuala Lumpur Di KLCC

by A.Aided
November 17, 2022
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Shiraz Projects dengan bangganya mempersembahkan “SHREYA GHOSHAL LIVE IN KUALA LUMPUR ” yang akan menemui para peminat pada 10 Disember 2022 ini di Dewan Plenari, KLCC, bermula pukul 8 malam.

Kemunculan Dua Tahun Lalu Disambut Baik

Terkenal sebagai penyanyi lagu-lagu runut bunyi dan album, penampilan perdana Shreya Goshal pada tahun 2020 telah menambat hati para peminat di Kuala Lumpur. Apatah waktu itu, Shreya berjaya menyanyikan lagu Cindai, nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza dengan baiknya.

Shreya Ghoshal, penyanyi terkenal berusia 38 tahun telah merakamkan lagu-lagu untuk runut bunyi dan album dalam pelbagai bahasa India dan menjadikan dirinya sebagai penyanyi playback utama di industri filem India. Sepanjang kerjayanya, dia telah dicalonkan sebanyak 494 kali dan memenangi 150 anugerah, termasuk empat National Film Awards, empat Kerala State Film Awards, dua Tamil Nadu State Film Awards, tujuh Filmfare Awards, termasuk enam Penyanyi Playback Wanita Terbaik, dan sepuluh Filmfare Awards South.

Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana dia telah menerima National Film Award untuk Penyanyi Playback Wanita Terbaik.

Selain nyanyian playback, Shreya muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serba boleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.

Penghormatan Di London

Pada bulan April 2013, Shreya mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat yang terpilih di United Kingdom. Dia juga tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017.

Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, selain memberikan hiburan dan konsert dari artis tempatan dan Indonesia, pihaknya memang berhajat untuk membawakan konsert- konsert Bollywood di Kuala Lumpur khususnya.

“Kita tahu bahawa di Malaysia memang ramai para peminat Bollywood. Mereka bukan sahaja meminati filem-filem tetapi juga menghafal setiap lagu yang ditampilkan dalam filem-filem kegemaran mereka. Jadi, Shiraz Projects ingin meraikan momen ini dengan membawakan Shreya Goshal, penyanyi yang memang dikenali dengan suara lemak merdunya dan sering tampil menyanyikan lagu- lagu runut bunyi terkenal Bollywood,” ujar Shiraz.

Harga Tiket

Tiket-tiket dijual dengan harga RM 1500 (VIP), RM600 (Diamond), RM500 (Platinum), RM300 (Gold) dan RM200 (Silver). Peminat boleh menghubungi talian +603 86050196/ +601 22560082 untuk pertanyaan tentang tiket.

Tiket-tiket konsert akan mulai jual pada 20 Oktober 2022, jam 2 petang melalui My Ticket Asia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Shreya Ghoshal
Share8Tweet5SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Ini Impian Saya’- Andmesh Kamaleng Tak Sabar Nak Datang Malaysia Buat Konsert, Jom Semak Harga!
#ApaPlan

“Ini Impian Saya’- Andmesh Kamaleng Tak Sabar Nak Datang Malaysia Buat Konsert, Jom Semak Harga!

by Phic ARMAN
March 29, 2023
[VIDEO] Ramai Tertanya-tanya Kenapa Siti Nurhaliza Pilih Ernie Zakri & Jay Jay Untuk Konsert, Ini Jawapannya!
#ApaPlan

[VIDEO] Ramai Tertanya-tanya Kenapa Siti Nurhaliza Pilih Ernie Zakri & Jay Jay Untuk Konsert, Ini Jawapannya!

by Phic ARMAN
March 22, 2023
[GIVEAWAY] Menangi Tiket Tayangan Eksklusif Filem DUNGEONS & DRAGONS : HONOR AMONG THIEVES
#ApaPlan

[GIVEAWAY] Menangi Tiket Tayangan Eksklusif Filem DUNGEONS & DRAGONS : HONOR AMONG THIEVES

by Ameerul K
March 21, 2023
Dasyat! 5 Artis Bollywood Ini Tidak Pernah Mendapat Bayaran Dalam Filem
Bollywood

Dasyat! 5 Artis Bollywood Ini Tidak Pernah Mendapat Bayaran Dalam Filem

by Aphit J.
March 19, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Mia Sara Disangka Kantoi Berparti & Tak Bertudung? Netizen Bimbang- “Sebab Tu Kena Hati-Hati Memilih Kawan”

  2. 2

    Gambar Adik Neelofa Tersebar, Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Ameera Khan Jadi Isteri

  3. 3

    Zamarul Hisham Dedah Sikap Rita Nadira Ketika Digandingkan Dalam Telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’

  4. 4

    Mawar Rashid Umum Nama Terkini Anak Ketiga-“Ya Tukar Nama Sebab….”

  5. 5

    [VIDEO] Madam Najwa Latif Belanja Lagu ‘Cinta Muka Buku’ -“Lama Tak Dengar Lagu Ni”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan